DAP JANGAN JADI GILA KUASA REBUT HAK PAS!!

PEREBUTAN kerusi Timbalan Speaker antara Pas dan DAP semakin meruncing apabila Suee Lim selaku calon yang kalah bagi merebut kedudukan tersebut dalam Sidang DUN Selangor terus bertegas mahu Pas berundur dan memberikan kerusi tersebut kepada DAP.

Sallehen Mukhyi semalam sekali lagi memberi amaran kepada DAP supaya jangan jadi GILA KUASA nak merebut hak Pas yang telah diberikan oleh Azmin selaku timbal balik penarikan satu kerusi Exco Selangor daripada Pas.

Pelik apabila DAP beriya-iya nak kan kerusi Timbalan Speaker hinggakan kalau tak dapat mahu Azmin wujudkan satu lagi kerusi Timbalan Speaker II hanya untuk DAP.

Dengan alasan yang diberikan oleh Suee Lim, DAP menyokong apa-apa sahaja keputusan PKR dalam pemilihan Menteri Besar semasa krisis MB sebelum ini.

Walhal, Pas tidak setuju dengan perlantikan Wan Azizah sehinggakan masih setia dengan Khalid walau telah dipecat dari PKR.

Drama berepisod ini akan berterusan selagi DAP tidak dapat apa yang dikehendaki.

Dan percayalah, DAP akan terus istiqamah dalam mendapatkan Malaysia dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan apa cara sekalipun......

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana