Dadah hampir membunuh saya - Mamat...Sedarlah ANak Muda Kita Hari INi

“Dadah hampir membunuh diri saya. Suatu ketika, ia menjahanamkan hampir keseluruhan hidup saya,” itulah kata-kata Mamat pada pertemuan dengan Mega baru-baru ini.
Dalam temu bual Mega bersamanya, memang jelas kelihatan betapa sesalnya Mamat kerana pernah menjadi hamba yang ‘gigih’ terhadap najis itu. Seorang artis yang bakatnya mula mencuri perhatian masyarakat semenjak usia kecil lagi, penyanyi Untukmu Ibu ini sendiri memusnahkan masa depannya gara-gara tersilap langkah.

Bak kata orang badi dadah ini sukar untuk dipisahkan jika tidak dilakukan dengan kesungguhan hati. Bagi Mamat atau Mohd. Ali Kamarudin, 36, yang pernah terjerumus, belum terlewat untuknya kembali ke pangkal jalan.

“Kalau diberi pilihan untuk kembali ke masa lampau, pasti saya mahu melakukannya bagi menebus segala dosa yang pernah saya lakukan akibat leka dengan khayalan benda jahanam itu. Tapi seperti kata pepatah, semuanya sudah terlambat tetapi saya yakin belum terlewat untuk saya mencorak kehidupan baharu.

“Sebagai orang yang pernah terjebak dalam dunia gelap itu, saya benar-benar menyesal kerana dadah membuatkan saya hilang segala-galanya yang berharga, terutamanya keluarga. Rumah tangga saya berkecai, isteri dan anak-anak entah ke mana. Sewaktu saya khayal dengan dadah, insan tersayang sering saya abaikan. Sekarang ini kalau menangis air mata darah sekalipun, tak mungkin saya dapat menebus apa yang telah berlaku,” katanya penuh sebak.

Biarpun ada yang berpandangan sinis terhadap azam Mamat, penyanyi itu tidak kisah kerana sebagai insan dia juga mahu diberi peluang kedua untuk membina hidup baharu.

“Kalau saya tidak mengambil dadah, sudah pasti haluan kerjaya saya akan berbeza. Mungkin saya sudah kaya raya, macam kawan-kawan yang lain. Barangkali, saya sedang berbahagia dengan keluarga dan hanya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, macam dahulu kala.

“Sebaliknya, dadah mengganggu dan menghilangkan semua impian dan cita-cita besar saya. Tidak keterlaluan jika dikatakan, karier saya sebagai penyanyi seolah-olah terhenti terus, hampir bernokhtah kerana terlalu asyik dengan dunia khayalan,” jelasnya.

Meneruskan kisahnya, Mamat berkata, kesan dadah ini tidak sama seperti makan gula-gula. Bila sudah ambil sekali, nescaya akan terikat untuk mengambilnya lagi. Sehebat mana sekalipun kerjaya seseorang itu, sekali dah terlibat dengan dadah pasti masa depan akan gelap gelita jika tiada keinsafan awal.

“Bila sudah mula terjebak menghisap dadah, kita tidak akan ada masa hendak ingat kerja, keluarga atau anak-anak. Semua terbengkalai, lupa diri, lupa tanggungjawab. Apa yang difikirkan ketika itu adalah hanya untuk memuaskan diri sahaja, syok, khayal dengan benda itu. Kesan dadah memang teruk, memusnahkan hidup,” jelasnya.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Mamat tidak pernah terlepas daripada disabitkan kesalahan kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Mamat ditahan pada penghujung 2011 dan dipenjara di Penjara Kluang, Johor serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun. Dia ditahan kerana mengambil dadah jenis Meth atau Methamphetamine.

Kini, bermula hujung 2013, Mamat mengaku tidak lagi mengambil dadah. Walaupun kadang-kadang dia merasa terkilan kerana ada yang masih mengaitkan dia dengan dadah, dia pasrah dan rela terus dicerca seandainya itu menyenangkan hati manusia lain.

“Saya tahu, ramai yang masih berkata belakang terhadap diri saya. Mengeji saya atas kesilapan saya sebelum ini.

“Ada juga terasa hati tetapi itu yang perlu dihadapi. Saya anggap segala kata-kata negatif itu satu peringatan buat saya untuk elakkan diri daripada aktiviti yang tidak bermoral,” jelasnya.

Bila mengenang kembali semua kesilapannya sebelum ini yang berpunca daripada dadah, ujar Mamat, dia pernah menangis kerananya.

“Saya seorang yang sangat susah menangis. Tapi bila mengenang kembali kesilapan lalu, saya menangis atas kesilapan saya.

Bagaimana ketika itu saya lupa keluarga, saya lupa anak-anak. Tetapi itulah, menangis seribu kali pun tak berguna. Semuanya berpunca daripada saya dan itu yang buat saya mahu berubah,” katanya.

Selain Mamat, seorang lagi bekas vokalis Exist yang turut terlibat dengan dadah adalah Ezad Lazim yang ditahan pihak polis sekitar pukul 1.30 petang di kawasan kompleks beli belah, Selayang Mall, pada 19 November lalu. Dia kemudiannya ditahan reman selama beberapa hari, selain didapati positif dadah jenis Meth.

Gejala dadah melibatkan anak seni bukan sesuatu yang baharu bagi industri kita mahupun antarabangsa. Malah, jika dilihat di peringkat antarabangsa, sudah ramai anak seni yang dilaporkan mati akibat pengambilan dadah yang berlebihan. Rasanya dalam industri seni tempatan, belum ada lagi yang mati akibat dadah.

Nama-nama besar dan cukup dikenali dalam industri antaranya Datuk Jamal Abdillah dan penyanyi utama kumpulan Iklim, Saleem antara yang pernah terlibat dengan najis dadah. Banyak lagi jika disenaraikan antaranya Ameng Spring yang kini sedang menjalani perintah penjara selama lapan tahun.

Vokalis kumpulan Spring, Ameng antara yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kluang, Johor atas kesalahan dadah.

Tahun lalu, Ameng sempat berkongsi pengalamannya setelah dia berada dalam penjara dan berkata, dia cukup menyesal dengan apa yang terjadi atas dirinya.

“Apabila dipenjarakan atas kesalahan yang lalu barulah saya sedar dan menyedari erti menjadi manusia yang sebenar.

“Apa yang dibanggakan selama ini tidak memberikan makna di sisi Allah S.W.T kecuali disertakan iman dan amalan agama. Saya perlu berubah. Usah dikenangkan apa yang telah berlaku tetapi kita beringat tentang apa yang akan berlaku,” katanya.

Jamal sebelum ini pernah memberitahu bahawa jika dia tidak terlibat dengan gejala dadah, dia sudah boleh menjadi jutawan pada usia yang muda, malah kedudukannya pasti lebih hebat daripada apa yang digapai sekarang. Hampir 30 tahun dadah mempengaruhi hidupnya, Jamal amat menyesal akan pilihan dirinya dahulu, meskipun ada hikmah yang tersembunyi.

Akur, bukan senang untuk membebaskan diri daripada dadah.

Kini, bermula hujung 2013, Mamat mengaku tidak lagi mengambil dadah. Walaupun kadang-kadang dia merasa terkilan kerana ada yang masih mengaitkan dia dengan dadah, dia pasrah dan rela terus dicerca seandainya itu menyenangkan hati manusia lain.

“Saya tahu, ramai yang masih berkata belakang terhadap diri saya. Mengeji saya atas kesilapan saya sebelum ini.

“Ada juga terasa hati tetapi itu yang perlu dihadapi. Saya anggap segala kata-kata negatif itu satu peringatan buat saya untuk elakkan diri daripada aktiviti yang tidak bermoral,” jelasnya.

Bila mengenang kembali semua kesilapannya sebelum ini yang berpunca daripada dadah, ujar Mamat, dia pernah menangis kerananya.

“Saya seorang yang sangat susah menangis. Tapi bila mengenang kembali kesilapan lalu, saya menangis atas kesilapan saya.

“Bagaimana ketika itu saya lupa keluarga, saya lupa anak-anak. Tetapi itulah, menangis seribu kali pun tak berguna. Semuanya berpunca daripada saya dan itu yang buat saya mahu berubah,” katanya.

Bagi Mamat, kemesraan dia bersama dengan anak-anak sewaktu dulu sudah semakin menjauh daripada dirinya. Mengakui begitu rindu untuk kembali bertemu setelah kali terakhir berjumpa pada Mei lalu, Mamat sesekali menjadi malu untuk berhadapan dengan anak-anak sendiri.

“Jujurnya, sudah beberapa bulan saya tidak dapat bertemu dengan anak-anak dan saya sebenarnya sangat rindu dengan mereka. Kini, sudah tiba masanya untuk saya mencari sebuah rumah selesa untuk saya sendiri, nanti anak-anak boleh datang,” katanya.

Tambah Mamat, dia tahu bahawa anak-anaknya sedar yang bapa mereka mengambil dadah kerana fikiran mereka kini sudah semakin matang.

“Dahulu waktu ambil dadah, saya anggap anak-anak tidak tahu apa-apa hinggakan saya pernah mengambil dadah di hadapan mereka.

“Waktu itu saya sudah bercerai dan saya ambil dadah boleh dikatakan setiap hari. Masa itu anak-anak masih kecil dan saya fikir ketika itu hanya mahu puaskan nafsu mengambil dadah. Sekarang baru sedar, tetapi masa ambil kita memang tidak sedar. Kalau dikenang balik, memang saya malu sendiri,” jelasnya.

Semua rentetan peristiwa yang berlaku itu membuatkan dia sedar dan menjadi titik tolak untuk dia kembali menjernihkan diri daripada gejala dadah.

Hari ini, Mamat dengan azam yang kuat tidak mahu lagi mendekatkan diri dengan mereka yang hidup dalam dunia khayalan. Kerjaya seninya juga sudah mula menampakkan tapak yang kembali jelas dan dia tidak mahu mensia-siakan lagi kehidupan mendatang.

“Rezeki sudah semakin datang, saya juga mahu kembali rapat dengan anak-anak, sama seperti dulu. Cukup-cukuplah dengan kesilapan saya sebelum ini,” katanya mengakhiri perbualan.

Satu perkara yang cukup memberi kesan buat Mamat hasil pengambilan dadah adalah bagaimana dia akhirnya bercerai dengan isterinya.

Jelas Mamat, salah satu kesan daripada dadah adalah bagaimana kita boleh sesat arah, lupa diri, yang akhirnya membuat kita lupa pada keluarga dan anak-anak.

Perpisahan dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa, 30, didakwa berlaku pada 29 Oktober 2009 di rumah mereka di Kuala Lumpur.

Mamat terdahulu bernikah dengan Marshila pada tanggal 2001 dan mempunyai tiga orang iaitu Aleeya Mysara kini berusia 12 tahun, Muhammad Eiki Daniell, 10, dan Dylea Mysara, 8 tahun.

“Masa saya sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak, saya aktif menghisap dadah. Boleh kata setiap hari saya keluar, saya akan ambil. Masa itu isteri saya tidak tahu. Keluar rumah saya hisap, balik saya buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Tetapi sebagai artis, perkara jahat yang kita buat pasti akan dihidu oleh masyarakat hinggalah perkara ini sampai ke pengetahuan keluarga,” jelasnya.

Mamat mengakui, sebab penceraian adalah kerana dirinya yang leka mencari keseronokan kesan daripada pengambilan dadah, sehingga mengabaikan insan tersayang.

“Ketika itu saya tengah sedap ambil dadah, mana boleh faham perasaan anak dan isteri? Memang langsung tidak pernah fikir tentang keluarga atau anak-anak, hendak seronok sahaja, puaskan diri sendiri.

“Jauh sekali untuk fikir tentang pelajaran dan masa hadapan anak-anak, saya memang teruk masa itu,” katanya, dengan penuh kesal.

Namun, dalam kelekaan itu, keputusan untuk bercerai dibuat yang akhirnya memberi padah pada Mamat.

“Bila saya ambil keputusan untuk bercerai, macam-macam perkara yang saya terpaksa hadapi selepas itu. Saya hidup keseorangan, akhirnya membuat saya semakin parah. Kesan daripada buat keputusan bodoh itu membuatkan saya sampai sekarang masih lagi takut untuk buat keputusan sendiri dan perlukan orang lain,” jelasnya.

Usai penceraian, bekas isteri membawa haluan sendiri bersama anak-anak mereka dan Mamat kembali ke rumah keluarganya di Johor. Malangnya, usaha untuk berubah tidak menjadi kenyataan apabila Mamat terjebak kembali dengan dadah. Tekanan akibat penceraian dan kehidupan membujang membuatkan dia kembali menjadi hamba dadah.

Malah, kerana dadah juga, titik tolak yang menjadi punca hubungan antara dia dan anak-anak yang dulu mesra, ketika itu semakin renggang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana