Chegucard jangan 'usik' kredibiliti Azmin, kata Anwar..Kenapa Tak Boleh Bersuara Ker?

PETALING JAYA: Ahli PKR yang sedang menjalani hukuman gantung keahlian, Badrul Hisham Shahrain tidak perlu mengeruhkan keadaan dan mempertikaikan kredibiliti Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Sebaliknya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Badrul yang dikenali sebagai Chegubard perlu memberi peluang kepada Timbalan Presiden PKR itu untuk mengurus tadbir negeri termaju di negara itu.

Malah, Anwar berkata apa sahaja aduan mengenai kepimpinannya haruslah dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu.

"Saya fikir (isu ini) tidak berbangkit. Ada saja aduan rujuk kepada Jawatankuasa Disiplin.

"Chegubard berhak kemukan aduan tetapi saya berpendapat dalam kes seperti ini kita harus maju, kita harus memberikan ruang kepada Azmin menjalankan tugas. Setakat ini hubungan beliau dengan kepimpinan parti dan perjalanan tumpuan dalam soal kepedulian terhadap masalah dan  keperluan rakyat dilihat berbeda dengan pentadbiran yang lalu," tegasnya dalam sidang media di ibupejabat parti itu hari ini.

Berkenaan dengan dakwaan Chegubard itu, Anwar berkata  kes itu akan disiasat Jawatankuasa Disiplin, jika ada aduan.

"Presiden telah menjelaskan bahawa kes itu akan teliti oleh Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Jeneral Datuk Hadi dan selain itu setakat yang dimaklumkan salah seorang daripada mereka umpanya YB Xavier telah membuat laporan polis bahawa ada penipuan dari sudut tandatangan yang digunakan.

Chegubard sebelum ini mendakwa lima ADUN Pakatan Rakyat yang menandatangani surat akaun bersumpah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menyokong Azmin.

Lima Adun yang didakwa Chegubard ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana