Cadangan Gobind gantung PAS pendirian peribadi - Perghhh AZMIN Cover DAP Tu

SUBANG JAYA: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyifatkan saranan tokoh DAP Gobind Singh Deo supaya menggantung parti sekutu PAS daripada Pakatan Rakyat (PR) berkaitan hudud sebagai pendirian peribadi beliau.

Sebaliknya, Menteri Besar Selangor itu menegaskan bahawa pendirian Pakatan terhadap hudud adalah seperti sudah dipersetujui bersama.

Semalam Gobind mengeluarkan kenyataan keras agar Pakatan menggantung hubungan dengan PAS jika parti Islam itu nekad untuk terus melaksanakan hudud melalui sidang khas DUN pada 29 Disember ini.

"Itu pandangan peribadi, keputusan PR jelas," katanya ketika menghadiri majlis sambutan Krismas di Wisma Eagle, di sini hari ini.

Pendirian DAP semakin keras ini dilihat sebagai strategi menghalang sekutunya itu daripada terus memperjuangkan agenda hudud.

Azmin sebelum ini pernah menegaskan bahawa hudud bukan dasar bersama PR.

"Hudud bukan dasar bersama PR. Tiada cadangan bawa ke Parlimen. Tidak pernah dibincang dalam Majlis Presiden PR," kata Azmin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana