Bomba dalam misi menyelamat jatuh gaung akibat tanah runtuh

Empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Al-Muktafi Billah Shah cedera selepas kenderaan pacuan empat roda mereka terhumban ke dalam gaung akibat tanah runtuh awal pagi Rabu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelmat Malaysia, Datuk Mohd Nor Ibrahim berkata insiden berlaku kira-kira pukul 1 pagi di Jalan Kampung Syukur, Pasir Raja di Dungun mengakibatkan mangsa bersama jentera 'RRV' serta sebuah bot terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter.

Beliau berkata mereka dalam perjalanan untuk memindah mangsa banjir di kawasan berkenaan.

"Kesemua mereka yang cedera berjaya dikeluarkan dengan pertolongan orang awam yang menyedari kejadian itu," katanya.

Anggota Mohd Fadzil Mohd Jamal, Mohd Faisal Mohd Fauzi dan Aziz Mohammad kini dilapor stabil dan dirawat di Hospital Dungun manakala Maharazin Mat Saud yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana