BN Langgar Proses Demokrasi Jika Terus Berdegil - Azmin....Dasar Suka Berpolitik Kerjanya

HULU LANGAT 13 Dis - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengingatkan BN Selangor jika masih berdegil untuk mengisi kekosongan jawatan ketua pembangkang yang ditinggalkan Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias, ternyata mereka menolak demokrasi menerusi fungsi semak dan imbang dalam sesebuah kerajaan.

Menurut Azmin, keputusan perlu dibuat segera kerana ia proses demokrasi dan peraturan tetap telah dipinda iaitu ketua pembangkang secara automatik wajib menerima amanah selaku Pengerusi Kira-kira Wang Awam (PAC).

“Jika BN enggan namakan salah seorang Adun mereka sebagai ketua pembangkang, jelas melanggar proses demokrasi dalam negeri dan negara,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan pagi penjawat awam Daerah Hulu Langat, semalam.

Timbalan Presiden PKR itu turut menjelaskan, lazimnya setiap Parlimen dan Dun mempunyai seorang ketua pembangkang bagi tujuan semak dan imbang.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, BN akan mengkaji keperluan jawatan itu.

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu, BN akan kaji terlebih dahulu Peraturan Tetap 68 (1) yang telah dipinda Dewan Negeri pada 4 Disember lalu yang menetapkan PAC wajib dipengerusikan oleh ketua pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana