BERANINYA ….. DAP PERSOAL KEISLAMAN PAS?

Veteran tua DAP sekali lagi dilihat memperbodohkan rakyat dengan menyalahkan parti lawan apabila berlaku perbezaan pendapat yang hebat di dalam Pakatan Pembangkang.

Inilah persepsi kita apabila membaca laporan portal pro-pembangkang, SorosKini MalaysiaKini tentang kenyataan Lim Kit Siang DAP.

Dalam masa kroni tegar Lim Guan Eng DAP itu mempertikaikan parti PAS, parti UMNO pula yang dijadikan sasaran veteran tua itu.

Rakyat sebenarnya sudah mual dan meluat dengan permainan politik murahan dan bodoh parti DAP yang kerap menunding jari kepada semua pihak. Padahal, parti itu yang sebenarnya teruk, chauvinis dan sungguh memalukan.

Tetapi rakyat sudah faham tektik murahan parti DAP itu. Kita tahu parti DAP bertindak sedemikian agar rakyat tidak membicarakan pekung busuk lagi jijik parti DAP.

Daripada menderhaka kepada Sultan Selangor, broker tanah rakyat Pulau Pinang hingga ke isu DAP menolak PAS di Sarawak, segalanya ini cuba ditenggelamkan oleh DAP dengan menunding jari ke pihak-pihak lain.
DAP mengingatkan PAS bahawa hudud ia tidak selari dengan konsep demokrasi yang cuba diketengahkan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mengulas mengenai "pandangan eksklusif agama” yang menurutnya diamalkan Umno untuk melebarkan perbezaan antara agama dan parti-parti dalam Pakatan.
Beliau mengingatkan PAS supaya tidak terjerumus dalam perangkap itu.
“Kami melihatnya mempunyai dinamik yang sama dengan gesaan oleh pemimpin PAS untuk melaksanakan hudud,” katanya.

"Terdapat pandangan yang salah bahawa PAS perlu mengilap keislamannya dengan menggunakan pendekatan lebih eksklusif melalui penguatkuasaan sesuatu bentuk undang-undang agama,” katanya.
“Tindakan itu memudarkan pilihan orang Islam untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing dan akan menjejaskan orang bukan Islam dalam pelbagai perkara daripada penjagaan hak penjagaan kanak-kanak kepada amalan kebudayaan,” katanya. seterusnya

Rakyat pun tahu bahawa omongan veteran tua DAP tentang amalan parti UMNO itu tidak ada kena mengena dengan pertelagahan pendapat di antara DAP dan PAS. Dan isu Hudud ini sudah lama berkemundang.

Sebelum ini, DAP telah menghina Presiden PAS dan berlaku perbalahan sesama mereka. Yang memalukan, parti PAS masih lagi bersekongkol dengan parti yang telah menghina Presiden mereka!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana