Belum Tentu Pakatan Rakyat Dapat Bertahan Untuk Bertanding Dalam PRU-14...Wayang DAP Lah NI

PETALING JAYA: Masih belum pasti Pakatan Rakyat (PR) dapat bertahan sehingga pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Jika anda tanya saya sama ada tiga parti dalam PR akan mampu bertahan sehingga PRU-14, saya tidak dapat menjawabnya kerana saya pun tidak tahu," kata Lim dalam posting terbaru di blognya pada Isnin.
"Memang bukan lagi rahsia bahawa ada perkara yang tidak berjalan lancar dalam PR, oleh sebab itu Majlis Pimpinan Tertinggi PR tidak dapat bertemu selama enam bulan untuk memperkukuhkan polisi dan prinsip bersama," katanya.

Lim berkata kerangka kerja dan polisi bersama Pakatan merupakan dua prasyarat yang dapat menyelamatkan gabungan parti pembangkang itu dan mengembalikan keyakinan rakyat.

Beliau menambah dia tidak ragu-ragu untuk menyatakan mereka yang mengundi pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu berharap untuk melihat PR menang dalam PRU-14.

"Perjanjian inilah antara sebab yang menyebabkan rakyat Malaysia yakin dan memberikan keutamaan terhadap polisi kerja dan konsensus PR," katanya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, polisi dan kerangka kerja bersama tersebut telah pun 'dilangggar' terutamanya dalam isu hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

"Oleh sebab itu, PR terpaksa membayar harga yang tinggi dan ketiga-tiga parti dalam PR termasuk, PAS terutamanya dalam soal undi popular bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Namun apa yang lebih utama ada keyakinan rakyat kepada parti itu," kata Lim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana