Banjir: TNB Henti Perkhidmatan 1,266 Pencawang Elektrik

SHAH ALAM 25 Dis – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menghentikan sementara operasi 1,266 pencawang elektrik (PE) di beberapa kawasan yang ditenggelami air.

Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, penghentian operasi itu bagi mengelakkan berlakunya litar pintas.

“Sehingga jam 9 pagi ini, TNB telah menghentikan sementara bekalan 1,266 buah pencawang elektrik (PE) di beberapa daerah atau kawasan di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditenggelami air.

“Penghentian operasi pencawang-pencawang ini membabitkan sejumlah 63,221 pengguna. Ia bagi mengelakkan daripada berlakunya litar pintas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan bertindak sekiranya air mencecah paras bahaya.

"TNB akan terus memantau pencawang elektrik di beberapa kawasan yang terjejas dengan banjir dan menutup bekalan elektrik sekiranya air mencecah paras merbahaya.

"Bilik-bilik gerakan di setiap negeri  juga telah diaktifkan untuk memantau situasi. Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan aspek keselamatan dan  mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Jumlah pengguna paling ramai terjejas Kelantan dengan seramai 42,625 pengguna dengan penutupan operasi 810 PE di Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Tumpat.

Di Terengganu, penghentian operasi 138 PE melibatkan Kemaman, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Dungun pula menjejaskan 8,105 pengguna  manakala di Pahang 5,878 pengguna berikutan penutupan operasi 18 PE.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana