Banjir : 'Penyangak' Ambil Kesempatan Pecah Rumah

KUANTAN 36 Dis - Polis berjaya menangkap dua suspek pecah rumah kira-kira pukul 4.45 pagi tadi di Lorong Tok Sira, di sini hari ini.

Laman Facebook Polis Pahang dalam satu kenyataan hari ini berkata, kejadian ketika anggota MPV sedang melakukan rondaan telah menerima maklumat daripada DCC IPD Kuantan mengenai kereta mencurigakan di tempat gelap di lokasi kejadian.

"Ketika anggota peronda MPV sampai di tempat kejadian, suspek telah menyalakan lampu kereta lalu melarikan diri dan cuba merempuh kereta polis.

"Suspek dikejar dengan bantuan anggota MPV lain dan anggota JSJ IPK Pahang sehingga akhirnya berjaya diberkas," katanya.

Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek lelaki tempatan itu, polis berjaya merampas kereta yang digunakan dan barang yang disyaki dicuri iaitu sebuah TV dan peralatan pecah rumah.

Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan curi motosikal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana