Bangangnya....LimKitSiang Buat U-Turn, Mahu Akta Hasutan Diguna Terhadap Dato Dr. Mashitah Ibrahim Pula

 Penasihat parti Cina Chauvinist DAP, Lim Kit Siang hari ini telah membuat U-Turn dengan menyokong penggunaan Akta Hasutan 1948. Kami di #KLChronicle amat terkejut dengan tindakan Lim Kit Siang ini yang mahukan akta "draconian" Akta Hasutan 1948 digunakan terhadap Dato Dr. Mashitah Ibrahim.

Sebelum ini, Lim Kit Siang merupakan antara pemimpin pembangkang yang paling lantang menentang Akta Hasutan 1948 dan mahu akta ini dimansuhkan. Namun tindakan flip flop Kit Siang ini menunjukkan bahawa pemimpin utama pembangkang ini tidak mempunyai pendirian yang tetap dalam perjuangan.

Beliau dilihat berjuang hanya untuk perkara yang menguntungkan diri sendiri dan bukan untuk kebaikan rakyat. Persoalannya, adakah pakatan DAP-PKR-PAS akan terus kekalkan akta hasutan jika mereka menang PRU-14?  Bagi kami, Kit Siang akan terus kekalkan Akta Hasutan 1948 dan menggunakannya untuk mendakwa semua pemimpin UMNO Barisan Nasional yang menentang DAP-PKR-PAS. Berbalik kepada kenyataan Kit Siang yang mahu Dato Dr. Mashitah Ibrahim disiasat kerana kononya Dato Dr. Mashitah telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur "hasutan" , kami gesa Kit Siang supaya menggunakan akal dan berfikir secara waras.

Apa yang diberitahu oleh Dato Dr. Mashitah adalah pelbagai bentuk ancaman yang dihadapi oleh orang Islam di Malaysia dan salah satunya adalah tindakan biadap dan menghina Al-Quran.Jika Kit Siang betul seorang pemimpin untuk SEMUA rakyat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia, beliau sepatutnya menyokong kenyataan Dato Dr. Mashitah dan menggesa rakyat berbangsa Cina, yang merupakan penyokong kuat parti Chauvinist DAP supaya menghormati orang Melayu dan Islam di negara ini.

Namun apa yang telah dilakukan oleh Kit Siang adalah beliau telah menghasut orang Cina untuk terus membenci orang Melayu/Islam seterusnya mendesak kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang cuba mempertahankan Agama dan Bangsa yang tercinta.Bagi kami di #KLChronicle, sepatutnya bukan Dato Dr. Mashitah yang disiasat kerana kononya "menghasut", orang yang sepatutnya disiasat kerana menghasut adalah Lim Kit Siang yang merupakan antara punca persengketaan orang Melayu dan Cina di negara ini sejak beliau (Kit Siang) menyertai politik hampir 50 tahun yang lalu. Apa pendapat pembaca?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana