“Bang Mat tak baca surat khabar ke?”

BANGI, 30 Nov – Timbalan Presiden ISMA Tuan Haji Aminuddin Yahaya menegur sinis Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana membuat kenyataan memalukan apabila mengatakan tiada pimpinan ISMA didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

“Bang Mat (Mohamad Sabu) tak baca surat khabar ke? Ini menunjukkan beliau kurang membaca dan tidak mengikuti perkembangan semasa, buat malu PAS saja,” katanya kepada ISMAweb.

Hari ini akhbar Utusan Malaysia melaporkan Mat Sabu berkata, wujud tindakan terpilih kerajaan terhadap penghasut apabila pemimpin ISMA tidak didakwa di bawah Akta Hasutan.

Bagaimanapun Aminuddin menasihati Mat Sabu agar mengikuti perkembangan semasa dengan baik.

“Ia satu kenyataan yang jahil dan berniat jahat. Ia juga menggambarkan bagaimana pemikiran beliau yang sudah korup dengan dakyah DAP yang ingin memecahkan umat Islam.

“Adakah beliau tidak sedar bahawa Presiden ISMA sendiri telah diambil tindakan di bawah Akta Hasutan dan masih dalam perbicaraan? Saya nasihati beliau ikuti perkembangan semasa dengan baik,” kata beliau lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana