BAGAIKAN ADA UDANG DISEBALIK BATU,, MAJLIS PEGUAM BUAT KENYATAAN BAGI PIHAK SIAPA...?

ADAKAH MAJLIS PEGUAM SUKA MALAYSIA TIDAK MILIKI UNDANG2 YANG DAPAT MENJAMIN KESTABILAN NEGARA,,,?

Cadangan akta lawan keganasan mungkin lahirkan semula ISA, kata Majlis Peguam,,
Cadangan Putrajaya memperkenalkan undang-undang anti-pengganas dan mempertingkatkan kuasanya untuk menahan tanpa bicara mungkin akan menghasilakn semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Majlis Peguam dalam amarannya hari ini.

Presidennya Christopher Leong bimbang kerajaan berusaha ke arah memberikan kuasa yang lebih bersifat kuku besi dan zalim kepada polis, ketika masalah kematian dalam tahanan dan tanggapan korupsi di kalangan anggota polis meningkat.

Bercakap dalam forum awam tentang tanggungjawab polis di George Town, Pulau Pinang, Leong berkata, pada 26 November kerajaan membentangkan kertas putih bertajuk "Ke arah menentang ancaman dari Negara Islam" dinyatakan dengan jelas, undang-undang anti keganasan akan diperkenalkan.

Juga dijelaskan Kesalahan Keselamatan (Kawalan Khas) Akta 2012 (yang bermakna menggantikan ISA), Akta Pencegahan Jenayah dan Kanun Keseksaan yang diperkemaskan, katanya.
"Walaupun rang undang-undang anti-keganasan yang dicadangkan dan pindaan kepada undang-undang yang sedia ada masih belum diketahui dengan sepenuhnya, adalah dibimbangi undang-undang baru dan pindaan ini boleh memperluaskan kuasa budi bicara pihak berkuasa dan membenarkan tahanan tanpa bicara," katanya.

"Apa yang kita dapat nanti adalah pindaan semula kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dimansuhkan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana