Azmin Tahu Anwar Bakal Hilang Gelaran Datuk Seri..Siapa Balaci Siapa NI?

KUALA LUMPUR 8 Dis - Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali merupakan individu yang sudah mengetahui gelaran Datuk Seri akan ditarik balik daripada Anwar Ibrahim.

Ahli PKR Cabang Rembau yang digantung, Badrul Hisham Shahrain ataupun lebih dikenali sebagai Chegubard berkata Azmin turut merupakan individu yang terlibat menyokong gelaran itu ditarik balik.

"Dalam kejadian itu, ia mendapat kelulusan seluruh ahli-ahli Dewan Diraja dan maknanya termasuk Azmin pada sekitar bulan November.

"Tapi bila ia diumumkan, Anwar mengetahuinya daripada laporan media sahaja dan ini bermakna Azmin tidak memaklumkan kepada Anwar terlebih dahulu," beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat sidang media disini, hari ini.

Menurut CheguBard, permainan Azmin yang dapat dilihat oleh beliau adalah ingin mematikan Anwar daripada persada politik negara.

Tambahnya, Anwar telah mendapat kesan negatif daripada tinkah laku Azmin selepas seolah-olah berlakon bahawa apa yang berlaku merupakan kehendak istana.

Katanya, jelas terbukti ia hanyalah dilakukan bagi mendapat kelebihan daripada situasi tersebut bagi mengukuhkan diri didalam parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana