Apa perlu layan mamat gila ini lagi?

Blogger seks,Alvin Tan yang pernah persenda bulan Ramadhan dengan ucapan selamat buka puasa guna gambar daging babi terus nak tunjuk perangai di angin lalu.
Kali ini mamat mengarut guna facebooknya lanyak Sultan Selangor dengan bahasa kurang ajar kerana nak tunjuk geram pada keputusan baginda lucut gelaran ' Datuk Seri' dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramai yang melompat kutuk perbuatan yang dikira sudah over ini.

Alvin membuat posting itu dari tempat persembunyiannya di California,Amerika.

Antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata Alvin tidak sepatutnya membuat pelbagai kenyataan termasuk membantah keputusan istana kerana ia boleh mengguris perasaan pelbagai pihak tentang pandangan yang diberikan.

"Dia sepatutnya berfikir dan tahu akibatnya tentang apakah sikap dan pandangan orang ramai tentang kenyataan dibuatnya melalui posting dari luar negara ketika sedang bersembunyi," katanya.

Shabery berkata kerajaan telah mengambil tindakan mahkamah terhadap Alvin, dan tindakannya yang melarikan diri ke Los Angeles bagi mendapatkan suaka politik dilihat sebagai pengecut.

"Kerajaan tidak pernah menghalau Alvin dari negara ini sebaliknya beliau sendiri menghukum dirinya dengan melarikan diri memohon suaka politik di Amerika Syarikat," katanya.

Pada 18 Julai 2013, Alvin bersama pasangannya, Vivian Lee, 26, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan di laman Facebook mereka.

Susulan itu, pada 22 Ogos lepas, mahkamah sama mengeluarkan waran tangkap selepas Alvin gagal hadir bagi sebutan kesnya.

Isunya kini ada juga yang bertanya perlukah kita terus melayan gelagat mamat yang bukan sahaja 'tidak betul' kepala otaknya malah tidak ada moral langsung.

Situasinya kelak seperti melayan orang gila.

Yang pasti tidak ada yang boleh dibuat selagi dia terus buat serangan dari jauh itu kecuali minta facebook menutup akaunnya.

Namun ia tidak boleh menutup mulutnya kerana ada berbagai saluran lain dia boleh gunapakai menerusi internet yang sukar disekat.

Kata orang kalau kita tidak layan...lambat laun mamat ini akan letih berkokok sendirian.

Lagi baik batal saja kewarganegaraan.Tak gitu?

Sementara itu Ahad, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur kerajaan akan mengunakan Aktya Imigresen dalam masa terdekat untuk membatalkan pasport antarabangsa milik Alvin Tan.

Katanya ia sebagai usaha untuk membawa pulang blogger itu pulang ke tanah air berikutan beberapa kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya.

"Mengikut Akta Imigresen 1959/1963 kita ada kuasa untuk batalkan pasport mana-mana penjenayah yang berada di luar negara bagi membawa pulang mereka pulang,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana