Apa Kata Azmin Ali .....Pasal Ladang Babi Bukan Masalah Besar

SHAH ALAM 20 DIs - Hasrat kerajaan negeri untuk melancarkan ladang babi modern di Kuala Langat akan diteruskan sungguhpun mendapat tentangan dari penduduk kawasan tersebut.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, kebimbangan mengenai  projek tersebut terutama terhadap kebersihan dan pencemaran kepada penduduk sekitar boleh ditangani dengan penggunaan teknologi terkini dalam pembinaan ladang babi berkenaan.

"Pada saya ini bukan masalah besar dan ia boleh diselesaikan antara kerajaan negeri dan pengusaha ladang babi ini.

"Di dalam isu ini, kita ada teknologi-teknologi baru untuk diselesaikan dan sudah tentu ia melibatkan kos. Kita akan bincang dengan pihak-pihak yang mengusahakan ternakan babi bagi kepentingan rakyat di kawasan tersebut dan menjaga kebersihan," katanya pada sidang media selepas menghadiri program pemberian hak milik kepada pemilik banguan perniagaan dan penyerahan notis 5A, di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya, Puchong.

‎Projek penternakan ladang babi moden di Selangor berdepan dengan fasa baru apabila dibentangkan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) baru-baru ini.

Pelaksanaan  projek ladang babi itu akan dibina di Ladang Tumbok Mukim Baru Laut, Kuala Langat, Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana