Anwar sokong Guan Eng bukan Islam boleh pakai 'Allah'...sedarlah Orang Melayu kita

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Ujarnya pandangan Lim bersabit bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu 'memang betul' dan beliau melihat Setiausaha Agung DAP itu tidak berniat untuk tidak menghormati Islam.

"Beliau betul, terdapat bukti dan alasan yang kukuh untuk menyokong keputusan yang beliau ambil," kata Anwar ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Ada ulama terkenal di dunia yang mempunyai pendirian yang sama. Berbeza dengan pendirian yang diambil beberapa jabatan agama negeri,” katanya.

Anwar bagaimanapun berkata jaminan Lim bahawa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 yang menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah , sebagai 'isu undang-undang'.

"Adakan perbincangan dan wacana, itu saja. Maksud saya, saya tidak mahu mengutuk keputusan mereka atau perlu menegur kita kerana mengulangi apa yang dikatakan ulama.

"Sebagai contoh, saya bertanya Sheikh Qardawi mengenai penggunaan Allah dan saya sampaikannya kepada Guan Eng," kata Anwar, merujuk kepada ulama Islam terkenal Yusuf Al Qardawi.

Polis Pulau Pinang memulakan siasatan ke atas Lim bagi kenyataaan itu, selepas laporan polis dibuat terhadapnya pada Sabtu oleh Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana