ANWAR IBRAHIM MARAH APABILA DIHALANG MEMASUKI THAILAND

Gara-gara keceluparan tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengadakan demontrasi bantahan ke atas lawatan Perdana Menteri Thailand ke Malaysia pada 1 Disember lepas dan susulan daripada kes liwatnya yang masih belum diberikan keputusan, Thailand mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memasuki negara mereka.

Laman fccthai.com melaporkan Anwar dijadualkan ke Bangkok pada Rabu 3 Disember untuk menyampaikan ceramah anjuran Foreign Correspondents’ Club of Thailand (FCCT), jam 7.00 petang, namun terpaksa dibatalkan atas nasihat peguamnya.

“FCCT dengan kesal mengumumkan bahawa pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim tidak dapat datang lagi ke Bangkok minggu ini, jadi acara pada 3 Disember telah dibatalkan.

Pasukan peguam Anwar telah memberitahunya bahawa kerana tuntutan kes undang-undang semasa terhadapnya, dia tidak perlu melakukan perjalanan di luar negara pada masa akan datang.

FCCT dalam kenyataanya dipetik sebagai berkata Anwar yang telah mendapat maklumat awal daripada pihak Kementerian Luar Thailand tentang namanya telah disenarai hitam, memaklumkan kepada FCCT bahawa beliau tidak menghadiri majlis tersebut atas nasihat peguamnya berikutan kesnya masih dalam perbicaraan.

“Difahamkan Kerajaan Thailand menyenarai hitam Anwar kerana tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua mengadakan demonstrasi membantah lawatan Perdana Menteri Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha ke Malaysia pada Isnin, 1 Disember 2014,” lapor portal itu.

“Hanya disebabkan Tian Chua buat onar memalukan Perdana Menteri Thailand di Malaysia, apakah wajar Anwar menerima akibatnya?

“Justeru itu diyakini bahawa para penyokong PKR akan memboikot segala perihal yang bersangkutan dengan Thailand berkuatkuasa serta merta hingga nama Anwar dinyah dari senarai hitam di negara tersebut,”lapornya.

Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim dihalang memasuki negara luar kerana sebelum ini beliau pernah dihantar pulang daripada memasuki Jepun.

Akibatnya, penyokong PKR telah mengadakan demontrasi di hadapan kedutaan Jepun di Malaysia bagi membantah tindakan kerajaan Jepun yang menghalang kehadiran Ketua Umum PKR itu.

Apakah selepas ini penyokong Anwar Ibrahim akan melakukan tindakan yang sama ke atas kedutaan Thailand di Malaysia bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana