ANWAR GUNA KUASA VETO BELUM JADI PERDANA MENTERI LAGI TU...PTUIHH

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam sidang medianya semalam mengakui kerisauan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tentang kelewatan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah disampaikan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Lim Kit Siang mengambil kira tentang kelengahan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat.

“Saya telah sampaikan makluman ini kepada YB Datuk Seri Hadi Awang supaya (beliau dapat) menetapkan tarikh pertemuan dalam masa singkat terutamanya awal Januari untuk kita memperbaiki..dan meneruskan dengan program dan agenda Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

Kenyataan terbaharu Anwar itu konsisten dengan beliau yang dilaporkan Sinar Harian pada 5 November lalu yang berkata, selepas ini beliau akan memberi notis peringatan yang baik supaya Hadi dapat mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat bersama PR.

“Mungkin selepas ini kita akan beri notis (peringatan) yang baik, mesyuarat seterusnya kita akan pastikan tarikhnya lebih sesuai buatnya, saya pasti dia boleh hadirinya.

“Kita sentiasa berunding dengan pemimpin parti PR untuk menetapkan tarikh supaya sesuai dan selesa kepada mereka,” katanya.

Sebelum ini, Anwar memilih tarikh 27 Oktober sebagai Mesyuarat PR, iaitu sehari sebelum beliau menghadapi perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Pemilihan tarikh itu menyebabkan Hadi tidak hadir kerana beliau perlu berada di Kuala Terengganu untuk menghadapi kes saman PKR terhadap dirinya di Mahkamah Tinggi negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana