Ali ni pengkhianat negara bermakna bukan rakyat Malaysia sejati....

Ali Tanya Khairy, Siapa Lebih Malaysia...Baik Cermin muka kau dulu.

SHAH ALAM 11 Dis - Aktivis Ali Abd Jalil yang mendakwa dirinya mendapat suaka politik di Sweden mempertikaikan kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman Twitternya yang menyebut "Bagus. Jangan sesekali pulang".

Ali kemudiannya mempersoalkan siapakah antara beliau atau Khairy yang 'lebih Malaysia' memandangkan menteri muda itu menetap selama 20 tahun di Kuwait sebelum kembali ke negara ini.

“Khairy dilahirkan di Kuwait, hidup di luar negara 20 tahun, dia balik ke Malaysia (dan) pegang jawatan besar, kaya raya dan sekarang dia berada di Malaysia baru berbelas tahun saja,” katanya dalam laman Facebook miliknya.

“Kami pernah dipenjarakan, diugut, dimaki fitnah dan macam-macam lagi.

"Kami dilayan lebih teruk daripada pendatang haram. Kami baru beberapa bulan keluar negara, tapi pasport kami dibatalkan sedangkan kami tidak pernah ada rekod jenayah.

“Antara kami dan Khairy Jamaluddin, siapa lebih anak Malaysia?” soalnya.

Semalam, Khairy dalam lama mikro Twitter berkata Ali jangan sesekali pulang ke Malaysia selepas aktivis itu berkata menerima kad suaka politik di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan perjanjian Dublin.

Pada 8 Disember, Jabatan Imegresen mengumumkan pasport Ali dan Tan dibatal serta-merta dan disenarai hitam dalam sistem, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim.

Mustafa berkata, langkah itu sebagai amaran kepada mereka yang melanggar undang-undang negara serta mengeluarkan kenyataan kontroversi.

“Pihak imigresen menyokong penuh kenyataan yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pembatalan pasport milik Alvin yang kini berada di Amerika Syarikat,” katanya.

Keesokannya, Ali berkata beliau sudah diberi kad suaka politik dan memuat naik gambar kad itu dalam Facebook.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana