Aktivis Ali Abd Jalil Dakwa Milik Kad Suaka Politik...Kita TUnggu Dan Lihatlah Nanti Siapa Hebat?

PETALING JAYA: Aktivis yang pasportnya dibatalkan oleh Jabatan Imigresen pada Isnin, Ali Abdul Jalil, mendakwa dia telah memiliki kad suaka politik daripada kerajaan Sweden.
Dalam posting terbaru di akaun Facebook miliknya pada Isnin, Ali berkata sebagai pemohon suaka politik beliau dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Peraturan Dublin.

"Saya kini pemegang kad suaka politik, di bawah undang-undan PBB dan Peraturan Dublin. Saya tidak lagi berada di bawah undang-undang Umno dan sistem raja berpelembagaan. Ini bukan Malaysia," katanya.

Pada 8 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana mengkritik sistem raja berpelembagaan.

Ali bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu dengan jaminan polis, namun beliau ditahan semula dan didakwa atas dua lagi pertuduhan di bawah seksyen dan akta yang sama.

Sebaik sahaja dibebaskan dan dia dihantar ke Penjara Johor Baru Selatan dan didakwa di mahkamah majistret di sana.

Beliau akhirnya dibebaskan pada 29 September.

Pada Oktober, Ali melarikan diri ke Sweden untuk memohon suaka politik, beliau mendakwa dia tidak diberikan perbicaraan yang adil dan diancam oleh kumpulan gangster serta rasis di Malaysia.

Jabatan Imigresen pada Isnin telah membatalkan pasport milik, Ali dan penulis blog seks kontroversi, Alvin Tan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana