Akta Hasutan tak akan dipertikai jika tak disalahguna- peguam PAS...Tahu Pun Tapi Pemimpin Politik PR yang Mencanangnya

Orang politik yang adu dombakan hal hal begini sebenarnya.Lihatlah cara diatas pentas politik pembangkang membuat ceramahnya.Membuat fitnah supaya rakyat membenci pada pemerintah.Bukan kah peguam PAS tak tahu kot semuanya ini?

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Akta Hasutan 1948 dalam negara tidak akan berdepan desakan dimansuhkan sekiranya ia dikuatkuasakan bukan dengan tujuan politik, kata peguam PAS.

Menurut bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat Zulhazmi Shariff, selaku pengamal undang-undang, penguatkuasaan akta berkenaan tidak akan dipertikaikan sekiranya ia dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.

"Kalau sebagai peguam saya rasa sebenarnya Akta Hasutan itu tiada apa masalah sangat, akta itu sendiri tiada masalah sangat.

"Ia macam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negara), Ordinan Darurat dan sebagainya sebenarnya bukan masalah kepada akta itu," katanya kepada Antarapos.

Sebaliknya beliau menyalahkan parti pemerintah yang menggunakan undang-undang untuk kepentingan serta kelangsungan politik mereka.

"Masalahnya kepada orang yang mengendalikan akta itu, contohnya macam ISA itu sebenarnya bukan satu perkara yang zalim dan teruk.

"Nampak zalim sebab cara penggunaannya zalim, macam juga Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Hasutan ini tapi dari segi moralnya bila dah berjanji kata nak mansuhkan kemudian telah ditubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji serta mendraf untuk menggubal Akta Keharmonian Nasional dan tiba-tiba ditarik balik pemansuhan itu maknanya ini adalah satu perkara yang tidak baik.

"Bagi saya tak baik dari segi moral sedangkan pengumuman untuk pemansuhan itu dibuat dalam ucapan perutusan Hari Malaysia," katanya.

Beliau mengulas pengumuman Najib, yang juga Presiden Umno bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuh akta itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2014, Khamis lalu.

Penambahbaikan itu berkaitan melindungi kesucian agama Islam dan larangan menghina agama lain serta tindakan ke atas sesiapa yang menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia.

Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dikemukakan buat kali pertama pada Julai 2012, dan akan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Cadangan itu pada asalnya bertujuan mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan di Malaysia.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat tentangan dengan pelbagai pihak memberikan pandangan kritikal mendesak agar akta tersebut dikekalkan bagi menangani isu-isu yang menimbulkan ketegangan kaum dan agama.

Zulhazmi kumudiannya mengingatkan pemimpin nombor satu negara agar tidak mencampuradukkan hal negara dan parti.

"Adakah urusan negara jadi urusan parti sekarang ini?  Ini masalahnya apabila urusan negara dijadikan urusan parti dan perdana menteri umumkan dalam Perhimpunan Agung Umno begitu sahaja.

"Awak bercakap sebagai presiden Umno bukan perdana menteri, kalau bercakap bab pentadbiran negara awak tak boleh cakap dalam perhimpunan parti awak," katanya.

"Sepatutnya beliau kena bercakap di luar, datanglah ke Parlimen dan cakap bahawa kita tidak akan mansuhkan Akta Hasutan...ini tiba-tiba beliau cakap di Perhimpunan Agung Umno, apa cerita? Awak bukan perdana menteri Umno tapi awak perdana menteri Malaysia," ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana