Akta Hasutan : PM Mungkir Janji? Ini Cara Menjawab...

KUALA LUMPUR 1 Dis - Para perwakilan dan ahli UMNO perlu memberitahu kepada rakyat sebab-sebab utama Akta Hasutan dikekalkan sebagaimana ucapan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 November baru-baru ini sekaligus berupaya mengenepikan tohmahan pembangkang.

Pembahas Usul Agama dan Pendidikan Mohd Kamal Saidin berkata, keputusan Presiden yang juga Perdana Menteri itu adalah bertujuan memelihara keharmonian negara.

"Bagi orang yang tidak setuju, mereka membuat pelbagai tohmahan dan fitnah. Pembangkang telah membangkitkan kononnya Presiden (Najib) tidak menepati janji tentang Akta Hasutan. Presiden bukannya hendak menghapuskan akta tersebut, sekadar hendak dikajisemula dengan syarat. Ini yang perlu dijawab apabila balik ke kawasan masing-masing.

"Kita akan menderita apabila negara dijajah semula. Sebab itu Akta Hasutan dikekalkan bagi menjamin keharmonian negara."

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Agama dan Pendidikan mewakili negeri Kedah dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ke 68 (PAU2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Sebelum ini ini Perdana Menteri berjanji akan mengekalkan Akta Hasutan demi melindungi kesucian agama Islam serta dari ancaman yang boleh menggugat kedaulatan negara.

Najib berkata, Akta Hasutan juga membolehkan negara mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana