Ahmad Said Buat Laporan Polis Isu Balak Guna Namanya

KUALA TERENGGANU 9 Dis - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said membuat laporan polis berhubung penipuan kawasan pembalakan yang menggunakan namanya.

Laporan itu dibuat sendiri oleh Ahmad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini, jam 10.53 pagi tadi.

Dalam laporannya Ahmad mendakwa seorang lelaki bergelar 'Datuk' menerima wang sejumlah RM1.8 juta daripada pengurus kilang papan kononnya untuk diberikan kepadanya (Ahmad) yang ketika itu adalah Menteri Besar.

Katanya, perbuatan lelaki terbabit mencemar nama baiknya dan meminta tindakan sewajarnya diambil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana