ADUN PKR dipanggil beri keterangan di bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Mohamed Talha menerima notis daripada polis yang memintanya hadir memberi keterangan, bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 9 pagi Isnin, berhubung kenyataannya yang mengaitkan peruntukan bagi Program Permata Negara (Permata) yang diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Difahamkan, siasatan itu berkaitan artikel ‘Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta’ yang disiarkan dalam portal lidah rasmi PKR, KeadilanDaily pada 12 Oktober lalu.

Bekas Timbalan Speaker Selangor itu dalam artikel terbabit mempersoalkan jumlah besar yang diperuntukkan kepada Permata, di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), dalam Bajet 2015.

Bagaimanapun, Haniza gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat Selangor itu turut memuat naik gambar notis arahan untuk menghadiri siasatan kes itu yang ditandatangani Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Petaling Jaya, Inspektor Hasbuhullah Muda, di laman Facebook miliknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana