ADUN DAP Gelar Najib Pemimpin Munafik...Cermin Muka Pemimpinan DAP Dulu

DAP lagi munafik....cakap tak serupa bikin.Pemilihan partinya sendiri tak betul.

SHAH ALAM 3 Dis - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kampung Tunku, Lau Weng San menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin munafik kerana memungkiri perjanjian memansuhkan Akta Hasutan.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul agar keputusan mengekalkan Akta itu dibahaskan pada Sidang DUN Selangor di sini hari ini.

"Pendirian PM yang membelakangkan janjinya menunjukkan sikap hipokrit atau dalam bahasa Arab, munafik," katanya.

Lau turut mempersoalkan keputusan kerajaan persekutuan yang masih mahu mengekalkan akta zaman penjajah yang disifatkannya menindas rakyat.

Katanya, Akta Hasutan telah menjelaskan platform kerajaan menahan beberapa ahli politik pembangkang akan tetapi terus membiarkan kumpulan pendesak Melayu membuat kenyataan yang berbau perkauman.

"Saya ingin bertanya lebih lanjut, apa relevan UMNO kekalkan undang-undang kuno yang diwarisi daripada Inggeris? Kenapa perlu bergantung kepada akta yang zalim ini?" katanya.

Najib yang juga Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung parti baru-baru ini mengumumkan akta itu tidak akan dimansuhkan, sebaliknya diperkukuhkan.

Dalam pada itu, Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) hari ini meluluskan usul membahas pemansuhan Akta Hasutan.

Bagaimanapun, ketika usul tersebut dibentangkan, tiada ADUN Barisan Nasional (BN) yang berada di dalam Dewan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana