Zunar Nafi Karya Mengandungi Unsur Fitnah...Tak Boleh Dipercayai Orang Seperti iNi

KUALA LUMPUR 16 Nov - Bagi kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, karya satira politik menentang kerajaan dilukiskannya itu bukan sekadar untuk menjadi bahan tawa tetapi menyampaikan mesej berdasarkan fakta daripada hasil kajian yang mendalam.

Zunar yang terkenal dengan mengkritik kerajaan melalui kartunnya berkata, karyanya tidak harus dilabel sebagai fitnah kerana peranannya sebagai kartunis politik adalah untuk menafsir kesilapan ahli politik dan kerajaan melalui karyanya.

"Malaysia ini keadaannya berbeza sedikit. Orang bersalah tidak semestinya diheret ke mahkamah kerana sistem politiknya begitu meskipun di atas kertas ada tertulis mereka juga tertakluk kepada undang- undang tetapi tidak pada praktiknya.

"Orang yang jelas terlibat dengan rasuah tidak dikenakan tindakan undang- undang seperti kes bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kes kapal selam scorpene yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan terbaru isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun ada dokumen membuktikan mereka bersalah," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Walaupun kini disiasat mengikut Akta Hasutan, Zunar merupakan penerima Anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial daripada Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI).

Beliau ditahan polis selama dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan pada 2010 dan kini mungkin didakwa mengikut akta sama.

Sekatan dan kekangan terhadap kebebasan dan karyanya menjadikan kartunis ini lebih yakin karyanya menyampaikan kebenaran.

"Kalau mereka hendak kata lukisan saya fitnah mereka boleh nafikan tapi setakat ini mereka tidak pernah tampil untuk nafikan. Beritahulah bahagian mana yang kata saya fitnah dalam muka surat berapa," katanya.

Zunar berkata, beliau tidak hanya bergantung kepada laporan media saja apabila melukis kartun satira mengenai sesuatu isu tetapi akan turut mengkaji mengikut sumber lain.

"Saya akan buat  'homework' dulu sebelum melukis, biasanya akan ambil daripada pelbagai sumber dan informasi. Saya juga akan mengupas sesuatu isu itu dengan lebih mendalam.

"Contoh kalau ada sesuatu isu itu melibatkan orang yang saya kenali saya akan hubungi sendiri untuk mengesahkan laporan itu dan kalau ada perhimpunan atau protes saya akan turun kerana saya perlu tahu apa sebab mereka lakukan itu. Saya perlu lihat barulah dilukis lawak jenakannya dan tidak bermakna sebarangan," katanya.

Zunar mengakui karyanya mengenai konspirasi Anwar ke penjara paling sukar dilakukan kerana melalui proses “homework” ( kajian) yang lama.

Selain itu anak jati Kedah itu berkata, kartun politik perlu menepati dua perkara untuk menarik perhatian orang ramai membacanya iaitu melibatkan subjek dan mesej.

"Dalam lukisannya ia memang begitu. Sama ada kita melebih-lebihkan atau mengurangkannya sebab itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kita jadikan sebagai subjek dan objeknya kita gambarkan rambutnya yang dibesarkan walaupun sebenarnya tidak atau Tun Dr Mahathir Mohamed hidungnya dibesarkan ia memang disengajakan sebab itulah kartun politik.

"Kartun itu mesti menarik perhatian orang kerana mereka akan lihat subjek dan objek dan kemudiannya barulah mesejnya," katanya.

Zunar pada masa sama berkata, adalah wajar sekiranya seorang kartunis politik mengkritik kerajaan kerana ia merupakan sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab mereka.

Beliau berkata, tidak boleh dinafikan mereka juga merupakan penganalisis politik.

"Bezanya kami sampaikan melalui lukisan kami, memang mana-mana kartunis politik dunia ini peranannya mengkritik kerajaan yang berkuasa (goverment of the day) orang yang membuat tuduhan menyatakan kartunis adalah fitnah perlu tahu kami juga adalah penganalisis politik.

"Kami lebih mengetahui mengenai situasi politik yang berlaku dan saya juga sangat arif politik Malaysia kerana saya juga terbabit sama," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana