VIDEO TERBAHARU SAAT PESAWAT #MH17 TERHEMPAS & TERBAKAR !!

Selepas empat bulan pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, video terbaharu menunjukkan saat awal pesawat yang sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan dengan penduduk pada awalnya menyangkakan ia pesawat tentera negara itu.

Video amatur yang diperoleh agensi berita Associated Press (AP) yang diambil sendiri oleh penduduk di Hrabove, menunjukkan bagaimana penduduk bergegas ke bangkai pesawat yang sedang terbakar hanya beberapa meter jasa jaraknya dari rumah mereka pada tengah hari 17 Julai itu.

Video berkenaan kemungkinan rakaman pertama diambil sebaik saja pesawat Malaysian Airlines (MAS) itu terhempas.

Lihat video :

Ketika punca tragedi MH17 masih menjadi bahan perbalahan antarabangsa, Ukraine dan kerajaan di barat mendakwa ia ditembak jatuh oleh puak pemisah yang pro-Russia manakala stesen televisyen Russia di Moscow sejak minggu lalu menayangkan apa yang mereka dakwa bukti baharu pesawat MH17 sebenarnya ditembak jet pejuang tentera udara Ukraine.

Semua 298 orang di dalam pesawat Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terkorban apabila ia ditembak jatuh di kawasan yang dikuasai pemisah Ukraine.

Jenazah dan bangkai pesawat bertaburan di kawasan seluas sehingga 20 kilometer persegi (8 batu persegi).

Semalam, pekerja mula mengutip dan mengumpulkan bangkai pesawat di tapak nahas dengan penyeliaan penyiasat Belanda dan pegawai dari Pertubuhan Keselamatan dan Koordinasi di Eropah.

Semua sisa pesawat diletakkan di dalam gerabak kereta api sebelum dihantar di kawasan dikuasai kerajaan Ukraine di Bandar Kharkiv.

Dalam video yang diperoleh AP semalam, penduduk perkampungan Hrabove didengar bertanyakan nasib juruterbang berkenaan.

Ini kerana beberapa pesawat tentera Ukraine yang ditembak jatuh sebelum ini, juruterbang dan anak kapal yang terselamat biasanya akan dijadikan tawanan pemisah.

Reaksi spontan penduduk kampung dalam video terbaharu itu menunjukkan penilaian mereka bahawa pesawat yang jatuh itu adalah satu lagi pesawat Ukraine yang ditembak.

Seseorang didengari berkata: "Dan di mana pula juruterbangnya?"

Seorang lagi menjawab: "Tiada siapa yang mengetahuinya?"

Satu lagi perbualan kedengaran mereka saling bertanya sama ada lebih dari satu pesawat telah terhempas kerana terdapat terlalu banyak serpihan dan sisa.

Beberapa orang di sekeliling mereka dengan pantas menjawab bahawa hanya satu pesawat terhempas. - AP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana