Vell Paari bidas Palanivel isu Cameron Highlands...Nak bertanding giler giler

KUALA LUMPUR - Susulan kritikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terhadap Datuk Seri G Palanivel, seorang pemimpin kanan MIC hari ini membidas ketuanya dan berkata parti itu perlu segera diberi nafas baharu dan melakukan perubahan supaya ia terus relevan dengan landskap politik tempatan.

Pengarah strategi MIC, Datuk Seri S Vell Paari berkata, pada peringkat sekarang, parti berusia 68 tahun itu memerlukan seorang pemimpin dinamik yang mampu mengatasi cabaran yang dihadapi MIC.

"Tawar hati saya apabila membaca laporan akhbar hari ini bahawa Sultan Pahang menegur Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel.

"Sultan mengkritik beliau berhubung peranannya sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands, yang baru-baru ini mengalami gelongsoran lumpur yang teruk hingga menyebabkan lima orang maut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Vell Paari memberi komen itu selepas Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah membuat teguran pedas terhadap Palanivel, Ahli Parlimen Cameron Highlands, kerana tidak hadir ketika baginda berangkat melakukan lawatan dan tidak menjalankan tugasnya di kawasan itu.

Sultan Ahmad Shah membidas Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, kerana tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah gelongsoron lumpur di Lembah Bertam selepas berlaku kejadian serupa tahun lepas yang menyebabkan empat orang maut.

Sementara itu, ketika menjawab tuduhan berkenaan, Palanivel berkata, beliau bersedia memberi penjelasan kepada Sultan Pahang tentang keadaan sebenar di Cameron Highlands.

"Saya juga telah berbincang dengan Menteri Besar Pahang. Saya mempunyai hubungan baik dengan Sultan dan pihak Istana. Saya yakin Sultan benar-benar prihatin mengenai kawasan itu dan rakyatnya dan sentiasa mengutamakan kebajikan mereka," kata Palanivel melalui catatan terbaru dalam laman Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, tindakan pihak tertentu menuduhnya tidak berbuat apa-apa berhubung masalah itu adalah tidak betul.    

"Sama-samalah kita sedar bahawa kita adalah pemegang kepentingan yang setara dan sedang berusaha untuk menyelamatkan Cameron Highlands. Kita perlu beri perhatian serius tentang perkara ini, bukan hanya menuding jari kepada satu sama lain.

"Banyak perkara yang telah berlaku sebelum saya dipilih sebagai ahli Parlimen lagi. Bagaimanapun, saya yakin kita boleh memulihkan Cameron Highlands dan menghentikan degradasi teruk alam sekitar yang berlaku ketika ini," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana