UMNO Selangor Diminta Teliti Calon Pemimpin

KUALA LUMPUR 1 Nov - Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak meminta UMNO Selangor supaya meneliti maksud sebenar disebalik kriteria berwibawa khusus dalam memenangi sokongan rakyat kepada parti khususnya di negeri itu.

Najib juga berkata, pimpinan parti sewajarnya mengambil sikap peka dan lebih teliti berhubung soal pemilihan calon atau pemimpin untuk membarisi barisan pelapis serta kepimpinan parti.

"Cabaran kita adalah untuk menampilkan kepimpinan yang serasi dengan persekitaran yang wujud pada hari ini. Jika mahu dapatkan calon, kita tidak boleh memilih 'bidan terjun', calon 'last minute' (saat-saat akhir) atau memilih calon yang hanya penyokong kuat sahaja.

Justeru itu kita perlu menghuraikan maksud sebenar kriteria berwibawa. Kita tidak boleh membuat penilaian sebenar jika hanya mementingkan kedudukan tanpa memikirkan kemenangan kita,"

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen UMNO Selangor 2014 : 'Bersama Melaksana Transformasi' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Pengerusi Datuk Abdul Shukur Idrus dan Pengarah Konvensyen merangkap Ketua Penerangan UMNO Selangor Datuk Zein Isma Ismail serta Ketua-Ketua Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Selangor.

Terdahulu, Najib membidas gerak kerja UMNO Selangor yang disifatkannya masih lembab dalam menambat hati rakyat dan pengundi di negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana