UMNO PATUT JADI CONTOH Bela bangsa bukan jadi alat dapatkan kekayaan

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO bukan sebuah parti yang boleh dijadikan alat atau batu loncatan untuk sesetengah pihak mendapatkan keuntungan serta kekayaan peribadi.

Sebaliknya jelas Presiden UMNO itu, parti tersebut yang wujud hasil penyatuan Melayu sehingga berjaya menuntut kemerdekaan daripada tangan penjajah adalah institusi yang dipertanggungjawab untuk membela bangsa.

Sehubungan itu beliau mahu parti keramat orang Melayu tersebut kekal sebagai sebuah institusi yang dilihat berjaya serta menjadi contoh kepada semua dan untuk itu, pemimpinnya perlu sentiasa bersikap terbuka.

“Kita mesti sayang kepada UMNO dan pemimpin perlu mewariskan UMNO yang lebih kuat kepada generasi akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Menurut Najib, dalam memastikan UMNO kekal sebagai sebuah parti yang menjadi institusi dalam membela untung nasib bangsa Melayu, pemimpin UMNO perlu mempunyai nilai keperibadian yang lebih baik daripada pembangkang.

Katanya, UMNO dewasa ini sering menjadi mangsa dan sasaran kepada politik persepsi tidak tepat yang dilemparkan pembangkang dan menjadi tanggungjawab semua pemimpin UMNO untuk menerangkan rakyat kepada akar umbi.

“Kita jangan jadi macam pembangkang. Pembangkang ini cekap buat ‘spinning’ (memutar-belit), tetapi UMNO dan BN (Barisan Nasional) adalah parti yang ada agenda untuk memajukan rakyat (bukan hanya tahu putar-belit)

“Tetapi UMNO kena jawab dan terangkan mengenai realiti. Pembangkang ini suka politik persepsi, bukan realiti. Dalam kita menerima keterbukaan ini juga, UMNO perlu menjadi juara (menangkis persepsi),” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana