UMNO jangan jadi parti penakut....

Seluruh ahli dan kepemimpinan UMNO perlu kembali kepada matlamat asal parti itu dengan menelusuri kembali asas perjuangan berlandaskan kepada Islam, Melayu dan tanah air.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, semua saf kepemimpinan parti perlu lebih berani dalam mendepani ancaman baru, sekali gus mempertahankan hak seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan.

“UMNO tidak perlu takut, parti ini jangan jadi penakut, apabila orang serang kita, kita lawan balik. Undang-undang sudah ada, kerajaan pun ada kuasa, jadi kenapa kita perlu takut sangat dengan desakan luar.

“UMNO ini lahir daripada ‘multaqa orang Melayu’, menerusi perjumpaan pelbagai aliran pemikiran orang Melayu untuk membentuk suatu kesatuan dipanggil UMNO. Jadi, kita perlu pertahankan dan perjuangkan demi parti ini, demi anak bangsa kita,” katanya ketika mencadangkan usul ucapan dasar presiden di PWTC Khamis.

Beliau turut menyokong usul Presiden mempertahankan Akta Hasutan 1948 termasuk memasukkan beberapa elemen lain dalam akta itu supaya lebih berkesan dalam menangani ancaman baru.

Menurutnya, beliau menyokong 100 peratus usul Presiden dan menegaskan tindakan harus diambil terhadap individu didapati mencabul akta berkenaan dengan hukuman sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada pihak lain.

“Dalam kita menunjukkan dasar keterbukaan kita dalam dunia masa kini, kita buka benteng (undang-undang) yang ada, lalu musuh mudah menyerang. Kita perlu memperkasakan kembali, selama ini negara aman berikutan peraturan yang ada.

“Ini yang perlu kita lakukan, arus perubahan perlu dilakukan dalam parti ini untuk lebih relevan. Kita perlu hormati apa saja keputusan pucuk pimpinan, jika mereka suruh kita undur, kita perlu undur. Tidak perlu sabotaj, tidak perlu menganiaya parti kerana ini bukan perjuangan kita tetapi perjuangan anak bangsa,” katanya.

Beliau berkata, budaya tidak baik hanya akan merugikan parti secara keseluruhan dan menyeru kepada seluruh ahli termasuk kepemimpinan parti itu terus merapatkan saf perjuangan terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.-

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana