UMNO dan PAS berkongsi pentas di Terengganu

Akhirnya wujud kesepakatan untuk dua parti politik Melayu UMNO dan PAS berkongsi pentas bincang hala tuju negeri di Terengganu.
Langkah yang jarang-jarang berlaku ini sempena program forum di Kuala Terengganu 19 November ini.

Forum bertajuk 'Halatuju Pembangunan Terengganu: Cabaran dan Harapan' itu bakal menampilkan dua orang panel masing-masing ADUN Air Puteh, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dari UMNO dan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari PAS.

Program julung-julung kali diadakan ini adalah anjuran Grup Pemudah Komunikasi Multi- stakeholder Terengganu (Pemudah) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu.

Forum ini akan diadakan di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Terengganu, Padang Hiliran bermula jam 8.30 malam.

Pihak penganjur dalam satu kenyataan, menjemput orang ramai untuk hadir bagi mendengar sendiri cadangan dan agenda yang akan dibentangkan oleh kedua-dua pihak yang mewakili parti masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana