Ucapan dasar Najib guna teknologi multimedia

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan kelainan apabila banyak menggunakan teknologi multimedia di Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

Sepanjang penyampaian ucapan dasar itu, Najib kerap kali menyelitkan kandungan ucapannya dengan menayangkan klip video dan grafik serta gambar rajah mengenai pelbagai isu.

Antara klip video yang dipaparkan ialah laungan Merdeka oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, insiden pencerobohan Lahad Datu, tragedi pesawat MH370 dan MH17.

Ketika menghuraikan prestasi ekonomi negara, Najib yang juga Menteri Kewangan menggunakan tayangan slaid serta grafik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana