Tun Hamid: Sekat DAP jadikan Melayu Red Indian

Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menggesa PAS dan Umno agar bergabung bagi menyekat DAP daripada menjadi kerajaan Persekutuan dan meminggirkan Melayu seperti Red Indian di Amerika Syarikat.

"Masalah orang Melayu sekarang bukan hanya sekadar pemansuhan ISA atau Akta Hasutan.

"Masalahnya ialah orang Melayu menghadapi ancaman akan menjadi Red Indians di tanah air sendiri," kata Tun Hamid.

Langkah itu katanya perlu bagi memastikan "hak Melayu dan orang Islam tidak digugat" oleh DAP.

"PAS dan Umno perlulah berfikir untuk bercantum, bergabung atau bekerjasama, sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan Persekutuan untuk mepertahankan kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada PKR dan DAP.

"PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam - bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa DAP akan menjadi parti dominan, bukan PKR atau PAS," katanya dalam ucapan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, PKR bukan parti yang membela Melayu dan ia tidak akan mampu mengawal DAP.

"PKR tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan agama Islam, DAP adalah lebih cauvinistik daripada MCA atau Gerakan.

"PKR atau PAS tidak boleh mengawal cita-cita DAP seperti Umno mengawal MCA dan Gerakan," kata Hamid dalam ucapan bertajuk "Demi agama, bangsa, dan negara Melayu perlu bersatu" dalam Konvensyen Perpaduan Nasional.

Berjuang untuk 'seorang Melayu'

Menurut Hamid, PKR tidak boleh diharap membela Melayu kerana parti itu hanya berjuang untuk "seorang Melayu" sahaja.

"Ia hanya berjuang untuk seorang Melayu, itu pun jika orang itu masih menganggap dirinya Melayu," katanya lagi.

Beliau dipercayai merujuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana PKR kini giat berkempen untuk membebaskan Anwar yang sedang menunggu keputusan rayuan kes liwatnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana