Tahniah MB Johor bakal tukar status tanah peneroka Felda,Felcra kepada Rizab Melayu

Kerajaan negeri Johor bakal menukar status kesemua tanah peneroka Felda dan Felcra di negeri ini kepada rizab Melayu serta mewujudkan inventori maklumat tanah rizab Melayu.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha itu merupakan antara langkah proaktif kerajaan negeri dalam melindungi dan mempertahankan tanah rizab Melayu di negeri Johor.

Ia bakal melibatkan tanah peneroka Felda seluas 145,970 hektar.

"Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor akan menguatkuasakan arahan Pekeliling Bilangan 2/83 kepada semua pentadbiran tanah di negeri Johor supaya maklumat tanah rizab Melayu dilaporkan kepada PTG setiap enam bulan," kata beliau.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet Johor 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di Kota Iskandar, Nusajaya, Khamis.

Menteri Besar berkata bagi memastikan tanah rizab Melayu yang diluluskan kurniaannya dipatuhi oleh pemilik, kerajaan negeri mensyaratkan supaya hak milik tanah tersebut didaftarkan serentak dengan kaveat pendaftar yang akan bertindak sebagai halangan sekiranya ada cubaan untuk menjual tanah kurniaan tersebut kepada pihak bukan Melayu.

Bernama melaporkan beliau berkata bagi menjamin tanah rizab Melayu berkenaan kekal, kerajaan akan menguatkuasakan tindakan perampasan tanah yang didapati sudah bertukar pemilik kepada bukan Melayu sama ada melalui pertukaran pegangan saham atau pengambilalihan syarikat.

"Selain dari itu, bagi mana-mana syarikat yang telah berdaftar sebagai 'Melayu' di bawah Jadual Kedua Enakmen Rizab Melayu Johor 1936, satu endorsemen mengenai kemasukan syarat tersebut sebagai syarikat Melayu akan diturunkan ke atas hak milik tanah yang dipegangnya," kata beliau.

Mohamed Khaled berkata mempertahankan tanah rizab Melayu dan menambah lebih banyak tanah rizab Melayu akan kekal menjadi sasaran dan antara agenda utama kerajaan negeri di bawah pentadbiran beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana