SUDAH RASMI...Keputusan rayuan liwat Anwar akan diumum pada tarikh lain

Sudah rasmi keputusan rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan diketahui hari ini bila mana perbicaraan selama lapan hari keatasnya berakhir.

Ini bila Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria yang juga ketua penal lima hakim yang mengadilinya memberitahu semasa perbicaraan keputusan berkenaan akan diumumkan pada hari lain yang akan ditetapkan kemudian.

Katanya ini kerana penghujahan para peguam telah mengambil masa yang panjang.

Oleh itu para hakim perlu masa untuk menelitinya.

Beliau beritahu demikian semasa peguam Anwar Datuk Seri Gopal Sri Ram sedang sambung hujah balas di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah juga melanjutkan tempoh jaminan Anwar.

Perbicaraan hari ini berlangsung tidak sampai sejam sebelum ia ditangguhkan.

Ia bermula pada jam 3 petang.

Sebelum ini timbul tandatanya apakah kemungkinan keputusan hakim keatas rayuan itu akan dibuat petang ini.

Sementara itu perbicaraan rayuan hari ke lapan ini riuh sikit dengan kisah Anwar sembahyang Jumaat di Masjid Sultan Mizan tidak jauh dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

Insiden itu telah menarik perhatian sebahagian besar jemaah di masjid berkenaan.

Anwar duduk tidak jauh di belakang bekas Perdana Menteri itu.

Setakat ini tidak dapat dipastikan samaada Dr Mahathir yang masuk sembahyang di masjid itu sedar kehadiran Anwar dalam masjid itu.

Selepas sembahyang Anwar yang diiringi oleh lebih 100 penyokongnya telah bergerak ke Mahkamah Persekutuan untuk menghadiri perbicaraan.

Anwar beritahu wartawan beliau sembahyang tidak jauh dari Dr Mahathir

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana