Siasatan Pembayaran RM2.5 Juta Kepada Bekas Pembantu Khalid Akan Dibuka...ItuLah Kerja Azmin Ali 100 Hari

Itulah kerja PR suka mencari kesalahan orang lain sedangkan dalam masa yang sama dibawah pemimpinan PR sendiri.Nampak sangat PR takut dengan bayang bayang sendiri kononnya kerajaan PR ketelusan kerjanya.Inilah wayangnya untuk menarik perhatian rakyat Selangor selepas pelbagai isu terbongkar.

KUALA LUMPUR 17 Nov - Kerajaan negeri Selangor telah menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan pembayaran pemberhentian terlalu tinggi yang dibuat oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada bekas kakitangannya semasa akhir pentadbirannya.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata, pasukan audit negeri telah mengeluarkan satu laporan penuh mengenai perkara itu Rabu lepas dan ia akan dikemukakan kepada syarikat pelaburannya, Perbadanan Menteri Besar (MBI) Khamis ini.

"Pengauditan telah siap dengan laporan lengkap mengenai pembayaran yang dibuat kepada bekas kakitangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan ia telah dibentangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu lalu.

"Kami akan membawa balik laporan itu dalam mesyuarat lembaga pengarah MBI Khamis ini dan akan membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis kerajaan negeri di KL Festival City Mall di sini, Ahad.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai laporan itu dengan menekankan bahawa pasukan audit telah membuat 'satu kajian yang komprehensif'.

Terdapat dakwaan bahawa Khalid telah membuat pembayaran pemberhentian bernilai RM2.5 juta kepada lapan bekas pembantunya dan salah seorang daripada mereka menerima hampir RM700,000.

Turut dilaporkan bahawa Khalid terkejut dengan jumlah tersebut dan berkata beliau tidak pasti sama ada jumlah yang dibayar dibawah skim tersebut turut diberikan kepada setiausaha politiknya.

Khalid menyifatkan bayaran wang tersebut sebagai bayaran pemberhentian kerja yang ditawarkan kepada kakitangan selepas perubahan menteri besar negeri berkenaan.

Beliau berkata exco kerajaan negeri telah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan MBI mempunyai rizab tunai lebih RM112 juta dan amaun yang dibayar kepada bekas pembantunya, di bawah skim pemberhentian sukarela, adalah tidak lebih daripada dua peratus seperti yang disyaratkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana