Siapa DAP ni....Nak Paksa?DAP tetap mahu Hadi hadir mesyuarat

SHAH ALAM: DAP terus berpegang pada pendirian mereka mahukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat pada masa akan datang.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata apapun alasan Hadi, Ahli Parlimen Marang itu tetap perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang presiden.

"Isunya sekarang kita berharap Presiden PAS hadir ke mesyuarat untuk mengekalkan semangat Pakatan Rakyat," tegas Tony ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Sebelum ini Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan satu resolusi yang mendesak Hadi hadir ke setiap mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng berkata ketidakhadiran Hadi menyebabkan gagasan itu sukar membuat keputusan penting.

Hadi dikesan mula menjarakkan diri dan seringkali tidak hadir mesyuarat pimpinan pusat Pakatan Rakyat selepas PKR bertindak membelakangkan PAS dalam isu 'Langkah Kajang' bagi menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Hadi dikatakan berkecil hati dengan gerakan itu dan enggan menyokong sama ada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.

Ketidakhadiran Hadi itu berlarutan sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati DAP terhadap PAS.

Pemimpin PAS bingkas mempertahankan Hadi dan berkata tokoh politik itu mengalami masalah kesihatan selain memberi amaran kepada DAP agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri menempelak desakan itu dan menganggap gesaan itu 'kerja orang bodoh'.
 
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kemudiannya memberi amaran kepada DAP agar tidak menggunakan isu remeh sebagai cubaan menyingkirkan PAS daripada Pakatan Rakyat.

Malah beliau mengalu-alukan DAP meninggalkan gagasan itu sekiranya kurang senang dengan PAS.

Tony bagaimanapun enggan memberikan sebarang reaksi terhadap gesaan Mohd Amar itu.

"Saya tiada komen, itu hak beliau untuk bercakap," ujarnya ringkas.

Pendirian yang sama diambil Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli apabila diminta menjernihkan gesaan Nik Amar itu.

"Yang itu tanya beliau (Mohd Amar). Yang kena perbetulkan itu beliaulah," katanya.

Hadi sebelum ini mendakwa ketidakhadiran beliau ke mesyuarat Pakatan Rakyat atas masalah keuzuran, selain mempunyai urusan yang lebih penting.

Hadi turut membidas gesaan yang dilakukan ke atasnya dengan berkata "terpulang kepada beliau untuk hadir atau tidak perlu diminta hadir ke mesyuarat berkenaan".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana