Shafee Kemuka Laporan Penghinaan Mahkamah Oleh Anwar...Korek Jangan Tak Korek.

PUTRAJAYA 6 Nov - Ketua Pendakwaraya Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan laporan kepada Mahkamah Persekutuan diatas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina mahkamah berkaitan kes Liwat II-nya.

Shafee berkata, laporan tersebut dikemukakan setelah Peguam Negara mahu isu ini dibangkitkan ke Mahkamah ekoran kenyataan Anwar diterbitkan menerusi dua portal berita.

Artikel yang dimaksudkan beliau adalah 'Go Back To Law School, Anwar tells Shafee (Kembali ke Sekolah Perundangan, Kata Anwar Kepada Shafee)," yang diterbitkan Malaysiakini.

"Apa yang merundingkan Peguam Negara adalah dia (Anwar) menyerang Mahkamah Persekutuan dengan cara paling tidak berhemah," katanya yang dipetik NST Online.

Ketua barisan peguam bela Anwar Datuk Seri Gopal Sri Ram membantah penyataan Shafee dan meminta keizinan untuk membalas hujah.

Ketua panel hakim, Tun Arifin Zakaria kemudiannya mengarahkan untuk menyelesaikan prosiding yang masih berlangsung dan akan meneliti bersama empat lagi panel hakim lain setelah kemudian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana