Setpol Azmin nafi Selangor beri dana RM2,000 setahun kepada mahasiswa...Itu Janji PR kan

HAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menafikan khabar angin kononnya menawarkan Bantuan Kewangan Pelajaran Anak-Anak Selangor di beberapa institusi pendidikan tinggi di negeri ini.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie berkata penyebaran risalah palsu itu adalah cubaan untuk menimbulkan kekecohan di Selangor.

"Saya ingin menafikan notis tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor dan menganggap penyebarannya sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kekecohan terhadap pentadbiran Dato' Menteri Besar yang baru.

"Walaupun Kerajaan Negeri mengambil perhatian yang amat berat dalam isu pendidikan, namun sebarang pengumuman akan dibuat menerusi saluran betul dan dihebahkan menerusi saluran media massa dan jabatan yang terlibat," ujarnya menerusi kenyataan medianya hari ini.

Shuhaimi berkata demikian merujuk kepada penyebaran risalah Bantuan kewangan pelajaran anak-anak Selangor yang menawarkan RM2000 setahun kepada pelajar yang berjaya menyambung pelajaran di institut pengajian tinggi (IPT).

Risalah itu turut mendakwa langkah menyalurkan dana itu adalah sejajar dengan janji Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat khususnya di Selangor.

Menafikan hal itu, kerajaan negeri dibawah pimpinan Azmin Ali mempunyai perancangan tersendiri dalam memartabatkan sistem pendidikan di negeri itu.

"Kerajaan Negeri turut bakal mengumumkan senarai bantuan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi dalam ucapan Belanjawan 2015 minggu hadapan.

Diharap semua rakyat di negeri Selangor dapat mengambil maklum perkara ini dan menunggu pembentangan belanjawan negeri pada 24 November depan," ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana