Selepas 'buat-buat' merajuk... PAS hantar nama isi jawatan Timbalan Spaekar

Ramai masih ingat 'drama sebabak' ini... PAS yang kecewa selepas seorang dari empat enggota Exconya dalam pentadbiran kerajaan Selangor digugurkan, enggan menamakan siapa calon untuk isi kekosongan jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor.

Post itu kosong selepas ADUN PKR yang memegang jawatan itu, Nik Nazmi Nik Ahmad naik pangkat menjadi Exco.

PAS masa itu 'macam merajuk habis' dan kata tidak mahu namakan siapa calon jawatan yang ikut keutamaannya itu macam turun pangkat.

Bagaimanapun pada Isnin Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad mengesahkan mereka menghantar nama calon bagi jawatan tersebut.

Iskandar yang ditemui selepas perhimpunan bulanan kakitangan awam kerajaan negeri Selangor di Shah Alam berkata, calon berkenaan menerima pencalonannya dan bakal diundi ketika sidang DUN yang dijadualkan berlangsung bulan ini.

"Bagi jawatan timbalan speaker, PAS hantar seorang calon.

"Pencalonan tutup hari ini. Saya sendiri menandatangani nama calon itu, dan calon terima pencalonan dia, kita akan undi di Dewan," kata Iskandar kepada pemberita.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali turut mengesahkan perkara itu, dan berkata pencalonan ditutup hari ini.

"Pencalonan ditutup dan kita akan bincang ketika sidang Dewan," katanya ketika ditemui pemberita.

Iskandar bagaimanapun tidak mendedahkan calon berkenaan sebaliknya berkata,"tetapi kami pilih peguam".

PAS Selangor mempunyai dua Adun yang dengan latar belakang peguam - Setiausaha PAS Selangor, yang juga Adun Paya Jaras Khairudin Othman, dan Adun Bangi Mohd Shafie Ngah.

Nik Nazmi merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baharu yang dilantik Azmin sebaik saja menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Adun Seri Setia itu dilantik exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi, dan Inovasi.

Ketika pentadbiran Khalid, PAS diperuntukkan empat kerusi exco, namun Azmin mengambil keputusan mengurangkan jumlah itu.

Barisan exco Selangor kini diwakili masing-masing tiga daripada PAS dan DAP, manakala PKR mempunyai empat wakil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana