Sekolah swasta luaskan jurang kaya, miskin - Dr Mahathir

Sekolah swasta di negara ini didakwa telah meluaskan jurang antara golongan kaya dengan miskin dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekolah kebangsaan diwujudkan bagi memberi ruang untuk anak-anak Malaysia pelbagai kaum membesar dan mengenali antara satu sama lain serta terbiasa dengan budaya masing-masing.

"Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kita telah mempunyai konsep jelas di mana kita mahukan semua anak Malaysia mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

"Langkah ini supaya anak-anak dapat mengenali dan rapat antara satu sama lain serta terbiasa dengan budaya masing-masing," katanya melalui blog chedet.cc.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh soal kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan seterusnya sekolah swasta yang menggunakan bahasa Inggeris.

"Dengan ini (kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan) anak-anak berlainan kaum terlepas peluang untuk membesar bersama.

"Kemudian sekolah swasta menggunakan bahasa Inggeris secara meluas ditubuhkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata anak-anak negara ini tidak sepatutnya mendapat pendidikan di sekolah swasta.

"Anak-anak menteri mula ke sekolah swasta dan antarabangsa. Menteri juga hantar anak-anak mereka ke sekolah awam (sebenarnya swasta) di Britain, diikuti anak orang-orang kaya.

"Hasilnya, yang kaya ke sekolah swasta di Malaysia dan Britain manakala yang miskin ke sekolah kebangsaan," katanya lagi.

Tun Mahathir berkata, akibat daripada pengasingan kaum itu, kini, kita menyaksikan pula jurang antara anak orang kaya dengan miskin.

"Orang kaya sekarang bertutur dalam bahasa Inggeris manakala yang miskin, bertutur dalam bahasa Melayu, Cina atau Tamil.

"Dalam masa sama, sektor pekerjaan kini menuntut calon yang berkebolehan bertutur berbahasa Inggeris dengan baik," katanya.

Beliau sempat melahirkan rasa hairan apabila situasi itu tidak mendapat tentangan nasionalis bahasa yang menentang penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.

"Semua ini akan mengakibatkan jurang bangsa dan jurang orang kaya yang boleh berbahasa Inggeris dengan orang yang berbahasa kebangsaan.

"Saya akui walaupun semua anak saya pergi sekolah kebangsaan, cucu-cucu saya ke sekolah swasta di negara ini juga luar negara, mereka bercakap bahasa kebangsaan tapi sekolah mereka sebenarnya meluaskan jurang kaum seperti antara kaya dengan miskin," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana