SEKAT DAP KATA BEKAS HAKIM NEGARA.....

DEMI servival orang Melayu dan juga negara, setuju dengan pandangan dari bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang menggesa PAS dan Umno agar bergabung bagi menyekat DAPigs daripada menjadi kerajaan Persekutuan dan meminggirkan Melayu seperti Red Indian di Amerika Syarikat. Masalah orang Melayu sekarang bukan hanya sekadar pemansuhan ISA atau Akta Hasutan. Masalahnya ialah orang Melayu menghadapi ancaman akan menjadi Red Indians dan juga 'merempat di tanah air' sendiri, kata Tun Hamid. Langkah itu katanya perlu bagi memastikan "hak Melayu dan orang Islam tidak digugat" oleh DAP.

PAS dan Umno perlulah berfikir untuk bercantum, bergabung atau bekerjasama, sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan Persekutuan untuk mepertahankan kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada PKR dan DAP. PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam - bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa DAP akan menjadi parti dominan, bukan PKR atau PAS, katanya dalam ucapan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, PKR bukan parti yang membela Melayu dan ia tidak akan mampu mengawal DAP. PKR tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan agama Islam, DAP adalah lebih cauvinistik daripada MCA atau Gerakan. PKR atau PAS tidak boleh mengawal cita-cita DAP seperti Umno mengawal MCA dan Gerakan, kata Hamid dalam ucapan bertajuk "Demi agama, bangsa, dan negara Melayu perlu bersatu" dalam Konvensyen Perpaduan Nasional. Kita nampak bahawa bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid melahirkan rasa bimbang beliau akan nasib anak-cucu kita di kemudian hari dan juga nasib negara ini. Kerana, kalau kita lihat sekarang generasi 'Y' terang-terang tidak menyokong kerajaan yang ada sekarang. Rata-rata mererka (gen 'Y') yang menetap dan belajar di luar negara telah dipesongkan minda mereka oleh pembangkang yang meracuni jiwa generasi Y ini supaya membenci kerajaan yang memerintah.

Mereka di butakan dalam hal sejarah. Gen Y tidak berminat kepada hal-hal sejarah tanah air. Apa yang mereka mahu ialah mengikut selera mereka yang songsang mengikut cita rasa pembangkang. Maka, jika tidak dibendung dari sekarang, lingkuplah negara. Kerisauan dan kebimbangan yang disuarakan oleh Tun Abdul Hamid harus kita semua ambil serius, jangan anggap isu ini isu remeh kerana jika dibiarkan jahanamlah kita semua. Melayu hilang taring dan negara akan tergadai. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana