"Saya ditawarkan RM100juta untuk dapatkan 10 MP Sabah keluar parti" - Anifah

Dalam pendedahan di mahkamah dan mengejutkan... Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu bahawa seorang ahli korporat dan diketahui ramai kawan rapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menawarkan kepadanya RM100 juta untuk membawa 10 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah melompat parti.
Anifah, 61, berkata, rakan Anwar iaitu bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC, Datuk Ishak Ismail telah mendekatinya ketika dia sedang merokok bersama Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan yang lain untuk membuat tawaran itu di Hotel Hilton KL Sentral pada Mei 2008.

"Saya terperanjat dan marah. Saya rasa terhina kerana telah berkhidmat untuk Barisan Nasional sebagai ahli perlimen selama tiga penggal. Saya beritahu Ishak, 'jangan sekali-kali diulang kata-kata itu'." katanya ketika memberi keterangan berhubung saman RM100 juta yang difailkan Anwar terhadapnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Beliau menjawab soalan yang diajukan paguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

"Saya menyatakan dalam ucapan di parlimen pada Mei 2008 bahawa saya kecewa dengan kerajaan persekutuan (bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak memberi pengiktirafan kepada MP daripada Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, saya nyatakan di parlimen pada ketika itu bahawa, walau kecewa dengan kedudukan itu dan BN tewas lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah,” katanya.

Anwar memfailkan saman terhadap Anifah @ Haniff Amman berikutan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah yang dibuat beliau di luar negara.

Anifah akan memanggil tiga orang saksi iaitu Datuk Raime Unggi yang juga Ahli Parlimen Tenom; bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee; dan Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga bekas Ahli Parlimen Bayan Baru.

Beliau berkata, semua mereka telah mengemukakan pernyataan saksi kepada mahkamah.

Sebelum ini, seorang lagi peguam Anifah, Jefrrey John memberitahu, lima lagi saksi akan disapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman itu dan mereka termasuk Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Anifah didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai Anwar pada satu sidang berita di Washington bersama bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton.

Beliau memberitahu wartawan yang Anwar menawarkannya jawatan timbalan perdana menteri sekiranya beliau membawa ahli Parlimen dari negeri itu bagi menumbangkan kerajaan BN yang memenangi 140 kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar mendakwa kenyataan Anifah itu tidak berasas dan cuai serta mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Anifah berkata, Ishak sebelum ini ada menemuinya untuk mendapatkan ahli Parlimen melompat parti ke Pakatan untuk menawan Putrajaya tetapi beliau menolak.

“Pada hari itu tidak terduga dia mendekati saya di hotel ketika saya di situ menghisat cerut,” katanya.

Terdahulu, ketika disoal oleh Shafee, Anifah berkata Anwar ada bercakap dengannya mengenai perkara sama menerusi telefon bimbit seorang lagi ahli perniagaan, Tony Vun, sejurus beliau mendarat di Lapangan Terbang Tambang Murah di Sepang.

Anifah berkata beliau baru tiba dari Macau.

“Vun kemudian beritahu saya Anwar mahu bercakap dengan saya kerana saya ada pengaruh ke atas beberapa ahli Parlimen dari UMNO, Parti Bersatu Sabah dan Parti Progresif Sabah,” katanya.

Anifah, yang juga timbalan menteri dari 1999 hingga 2008 berkata, beliau menolak jawatan yang sama daripada perdana menteri pada masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas tamat pilihan raya umum.

“Saya kritikal terhadap pelantikan Kabinet kerana Sabah tidak diberi keutamaan. Malah, seorang pemimpin daripada UMNO Selangor dilantik senator dan menteri,” katanya.

Anifah berkata, sebelum ini beliau ada berkata tidak mengapa lompat parti jika wujud ketidakadilan dalam pengagihan jawatan.

“Bagaimanapun, saya ada menyatakan saya tidak akan melompat parti,” katanya.

Katanya, Anwar memikatnya kerana umum tahu beliau ada pengaruh kepada lebih 10 ahli Parlimen dari Sabah dan mereka akan mengikutnya walau apa pun beliau buat.

Anifah berkata hingga ke hari ini Anwar masih menaruh harapan untuk jadi perdana menteri tetapi tidak mempunyai jumlah politik yang cukup.

“Untuk mengubah kerajaan dia perlu ada majoriti mudah. Saya adalah sasarannya untuk mencapai cita-citanya,” katanya.

Pada 2008, Pakatan memperolehi 82 kerusi dalam Dewan Rakyat sementara BN ada 140 kerusi.

Anwar dikatakan mendekati 30 ahli Parlimen BN untuk menjayakan lompatan besaran-besaran16 September (2008) dan menawan kerajaan persekutuan BN.

Pada 27 Ogos, peguam Anwar Razlan Hadri telah menggulung kesnya selepas memanggil Anwar yang juga satunya saksi, untuk memberi keterangan.

Sebelum ini Anwar mengemukakan saman fitnah bagi RM100 juta terhadap Anifah dan Kerajaan Malaysia kerana mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington yang dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton, telah mencemarkan nama baiknya.

Ketua Pembangkang itu mendakwa Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak untuk memegang sebarang jawatan politik atau apa-apa jawatan dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan rasuah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana