Sarawak tambah 11 DUN... dari 71 ke 82

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Selasa meluluskan usul penambahan 11 kerusi DUN daripada 71 sekarang kepada 82 keseluruhan.
Usul diluluskan majoriti ahli dewan selepas sesi perbahasan membabitkan lapan ADUN Barisan Nasional (BN) dan tujuh pembangkang.

Difahamkan Sarawak boleh menambah kerusi DUN tanpa persempadanan semula tetapi hanya tambah dalam kawasan parlimen sedia ada.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Aziz Yusof dalam satu interbiu dengan akhbar Utusan Malaysia pada awal tahun ini kata negeri-negeri yang ada majoriti dua pertiga seperti Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak, Perlis dari segi teorinya boleh lulus dan pinda perlembagaan negeri untuk tambah kerusi.

Terdahulu usul itu dikemukakan ADUN Satok Datuk Amar Abang Johari Openg merangkap Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak pada hari kedua persidangan DUN di Bangunan DUN baru, di Kuhcing.

Semasa membentangkan Rang Undang-Undang Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2014 pada sidang DUN, Menteri Perumahan dan Pelancongan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ia bertujuan menambah jumlah anggota DUN daripada 71 ketika ini kepada 82.

Beliau berkata pertambahan itu pada prinsipnya disebabkan peningkatan populasi yang boleh mengundi, berikutan kepesatan pembangunan dan aktiviti ekonomi di negeri ini sejak semakan semula kawasan pilihan raya pada 2005.

"Dari segi perlembagaan, kawasan pilihan raya disemak selang tidak kurang lapan tahun," katanya.

Abang Johari berkata sebaik sahaja rang undang-undang itu diluluskan, ordinan baharu akan dikuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Yang Dipertua Negeri sebelum pilihan raya negeri akan datang.

Beliau berkata pertambahan itu mencerminkan kadar peningkatan jumlah pengundi di Sarawak.

Katanya, 82 kawasan DUN adalah jumlah munasabah dari segi menyediakan perwakilan demokrasi yang mencukupi dan efektif untuk rakyat.

Menurutnya, Sarawak hanya mempunyai 48 kawasan DUN sebelum pilihan raya langsung, kali pertama pada 1969, dan meningkat kepada 56 pada 1985, 62 (1985) dan 71 (2005).

Sebelum ini DUN Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 55 daripadanya dimenangi BN manakala DAP dan PKR masing-masing 12 dan tiga kerusi manakala ADUN Pelagus adalah wakil tunggal Bebas sebelum menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Bagaimanapun, senario ini berubah apabila dua komponen BN iaitu Parti Demokratik Progresif Sarawak berpecah dua yang menyaksikan enam wakil rakyatnya keluar menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Begitu juga Parti Rakyat bersatu Sarawak (SUPP) apabila empat daripada enam ADUN mengambil tindakan sama dan menubuhkan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Kedua-dua parti baru ini memilih pendekatan mesra BN.

Sementara itu DAP turut kehilangan seorang wakil rakyat apabila ADUN Pujut Andy Chia dipecat parti dan menjadi wakil Bebas.

Komposisi kerusi DUN Sarawak terkini

BN

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB): 35

SUPP : 2

Parti Rakyat Sarawak (PRS): 8

UPP: 4

SPDP: 6

Pembangkang

DAP: 11

PKR: 3

SWP: 1

Bebas: 1

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana