Ribuan etnik Rohingya 'hilang' di laut dalam perjalanan ke Malaysia...Masyallah
Kira-kira 12,000 pelarian etnik Rohingya yang meninggalkan Myanmar dengan menaiki bot sepanjang bulan lalu, dilapor masih belum tiba ke destinasi, sekali gus meningkatkan kebimbangan ahli keluarga dan pertubuhan hak asasi manusia tentang nasib etnik minoriti itu yang dikhuatiri dihalang menghampiri kawasan pantai.
Menurut penyelaras Projek Arakan yang membela nasib etnik Rohingya di Myanmar, Chris Lewa, ribuan etnik itu, kebanyakannya pelarian dari negeri Rakhine, meninggalkan negara terbabit sejak 15 Oktober lalu dengan menggunakan laluan laut di Teluk Bengal.
Jelas Lewa, dalam tempoh sama, kira-kira 4,000 orang meninggalkan Bangladesh, termasuk etnik Rohingya, dipercayai menuju ke Malaysia, tetapi perlu menempuh perjalanan melalui Thailand.
Tambahnya, orang hanyut berdepan risiko yang tinggi apabila berada di Thailand kerana kumpulan penyeludup dan sindiket pedagang manusia akan menahan mereka di sebuah kem di dalam hutan yang bersempadan dengan Malaysia sehingga ahli keluarga membayar wang tebusan untuk dilepaskan.
“Kira-kira 460 orang hanyut ditemui dan ditahan oleh pihak berkuasa Thailand pada bulan ini, tetapi nasib beribu-ribu lagi pelarian tersebut tidak diketahui dan mereka tidak menghubungi ahli keluarga masing-masing.
“Kali terakhir kes seperti ini berlaku pada 2008 apabila beratus-ratus pelarian Rohingya ditemui dalam keadaan lapar dan kekurangan air akibat terkandas di lautan dan dipercayai ramai lagi mangsa yang hilang di laut,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalaman Thailand (ISOC), Banpot Phunpian berkata, pihak berkuasa telah mengambil langkah tertentu bagi menghalang bot pelarian daripada menghampiri kawasan pantai negaranya.
Bagaimanapun katanya, beliau percaya beribu-ribu pelarian yang meninggalkan Myanmar pada bulan lepas disembunyikan atau bersembunyi di kawasan pulau dekat Thailand.

Comments