Rasuah Pembalakan Haram: Penyelia Dipenjara 45 hari, Denda RM10,000...

SIBU, 19 November - Seorang Penyelia KCL Timber Services Sdn Bhd di sini, yang didakwa memberi rasuah RM2,000 kepada pegawai polis pada September lalu, hari ini dipenjara 45 hari dan didenda RM10,000.

Law King Chai, 47, hari ini menukar pengakuan memberi rasuah kepada seorang Inspektor Polis. Ketika didakwa pada 28 Oktober lalu, tertuduh tidak mengaku bersalah.

Suapan tersebut diberikan kepada Inspektor Mohamad Dzakriya Abdul Kader yang bertugas di Ibu Pejabat Briged Sarawak, PGA Batu Kawa, Kuching.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong menjatuhkan hukuman 45 hari penjara dan denda RM10,000 manakala wang rasuah RM2,000 pula telah dilucut hak.

Tertuduh membayar denda dan dihantar ke Penjara Sibu bagi menjalani hukuman penjara.

Law dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 8 September 2014 di kawasan pembalakan Kampung Boyan, Daerah Sibu  sebagai balasan agar tidak diambil tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan pembalakan haram di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 1958.

Dia merupakan salah seorang daripada tujuh individu yang didakwa di bawah Ops Tukul, yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bermula 20 Oktober lalu.

Ops Tukul diadakan bagi membanteras aktiviti rasuah yang mengakibatkan berleluasanya pembalakan haram.

Law didakwa di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana