RAKYAT HAKIM NEGARA biarkan Raja Kunyit Terkapar2 Bersendirian

Kalau korang tengok muka Anwar masa dia mula2 sampai kat Istana Kehakiman pukul 8:47 pagi tadi dengan bini dia, korang tentu akan menangis tersedu2. Dia macam tak percaya dengan apa yg dilihatnya.

Masa keluar dari kereta, dia berpaling ke arah kumpulan penyokongnya yg seramai tidak lebih 30 orang. Siap berhenti melangkah dan menolak2 bingkai cermin matanya, sekaligus menunjukkan betapa tergamamnya dia. Mujurlah Wan Azizah yg berwajah sayu, menarik tangannya. Kalau tidak, sampai sudahlah dia berdiri terpacak di tepi kereta merenung kumpulan penyokongnya yg semakin hari semakin bolih dikira dengan jari, walaupun semakin dekat pula dia dengan pintu penjara.
Setiap kali Anwar berhadapan dengan masalah perundangan atau dia mahu mencipta gelombang, maka pelbagai slogan retorik akan dapat kita dengar. Slogan terkini Anwar adalah, RAKYAT HAKIM NEGARA. Ia tidak sekadar slogan tetapi juga mengandungi tema dan strategi yg dikempen secara agresif dalam siri jelajah seluruh negara dan propaganda dalam talian beberapa minggu menjelang perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan.

Sama seperti KAJANG MOVE bikinan Rafizi Ramli, sesiapa sahaja yg muncul dengan idea RAKYAT HAKIM NEGARA sebenarnya telah gagal memandangkan jumlah 'RAKYAT HAKIM' yg menyokong Anwar Ibrahim di Putrajaya terus menurun - dari 100 orang pada Jumaat lepas kepada kurang 50 orang pada hari kelima prosiding rayuan Anwar didengar di Mahkamah Persekutuan.
'KEADILAN UNTUK ANWAR' mahupun REFORMASI, propaganda yg selama ini amat dibangga2kan oleh PKR sebelum ini juga kelihatan gagal dengan teruk.

Sehinggakan portal berita yg sentiasa mencari jalan untuk membesar2kan berita yg menyebelahi Anwar Ibrahim, turut melaporkan bahawa pagi ini, jumlah anggota polis jauh mengatasi jumlah penyokong2 Anwar Ibrahim dan kurang dari 50 orang penyokong Anwar berada di luar bangunan mahkamah.

Malahan, ADUN dan Exco Selangor, Elizabeth Wong terpaksa berceramah di hadapan orang ghaib dan bunian pagi ini sebelum majlis bacaan Yassin dibuat.
Satu pertanyaan besar, ke mana hilang segala penyokong DAP dan PAS? Ke mana pula perginya semua penyokong PKR yg cukup naif mempertahankan Anwar Ibrahim selama ini?

Tidak keterlaluan kalau kita katakan, jumlah mereka yg berada di restoran-restoran mamak sekitar Putrajaya, jauh lebih ramai daripada penyokong2 Anwar Ibrahim di hadapan Istana Kehakiman.
PKR sewajarnya mengambil tindakan ke atas penganjur 'RAKYAT HAKIM NEGARA' yg strateginya juga gagal teruk sepertimana KAJANG MOVE. Bukan kerana mereka melanggar peraturan negara, tetapi kerana gagal menyediakan penyokong sebagaimana yg diarahkan oleh Setiausaha Agung PKR yang baru, Rafizi Ramli.

Apakah sebenarnya ini petanda bahawa temberang dan taik minyak Anwar sememangnya sudah tidak dipercayai lagi? Atau pun rata2 Hakim Negara tersebut sudah dapat merasakan bahawa Anwar akan menaikki Black Maria ke Sg Buluh esok ..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana