Pulang Bible Bukan 'Lesen' Guna Kalimah Allah

SHAH ALAM 16 Nov - PERKASA Selangor, menyambut baik keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memulangkan semula kesemua 351 naskah Bible kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).

Kita sifatkan keputusan pemulangan semula bible tersebut adalah bukti bahawa Islam adalah agama yang menekankan sikap toleransi terhadap agama-agama lain.

Semua harus menghormati keputusan pemulangan semula itu yang mana kita percaya tindakan itu adalah yang terbaik bagi memastikan keharmonian di kalangan masyarakat yang mana keputusan itu juga dibuat menerusi proses perbincangan serta menerima pandangan daripada Majlis Dewan Diraja Selangor.

Namun, kita ingin tegaskan kepada pihak bukan Islam supaya tidak menganggap pemulangan Bible terbabit sebagai satu 'kemenangan agama' apatah lagi menganggap ianya sebagai satu 'lesen' yang benarkan kitab agama mereka menggunakan kalimah ALLAH dan diedarkan di Selangor pada masa depan.

Sebaliknya mereka perlu ingat bahawa penggunaan kalimah ALLAH dan pengedaran Bible yang mengandungi kalimah itu khususnya kepada umat Islam adalah kekal sebagai  larangan di negeri ini.

Justeru itu kita harapkan tiada lagi pihak yang cuba mencabar undang-undang dan sensitiviti umat Islam baik di Selangor mahupun di mana-mana negeri di negara ini.

Pada masa sama, Perkasa Selangor menegaskan akan sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan tiada apa juga bentuk pengedaran Bible yang menggunakan kalimah ALLAH kepada umat Islam di Selangor.

Sekiranya kita dapati perkara sedemikian berlaku, Perkasa Selangor akan meneruskan penentangan terhadap mereka yang terlibat.


ABU BAKAR YAHYA
YANG DIPERTUA PERKASA SELANGOR

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana